Pengertian DIDIK ialah memelihara dan memberi latihan,
ajaran, tuntutan dari pimpinan tentang AKHLAK dan keCERDASan
FIKIRAN.
Anak dibentuk oleh lima faktor:-
1) Ayah
2) Ibu
3) Ilmu
4) Persekitaran5) Makanan
Ayah dan
Ibu:-
Rasulullah saw bersabda: “Tiada pemberian yang lebih utama dari
orang tua (ibu bapa) kepada anak-anak selain AKHLAK yang
BAIK."
[H.R. Tirmidzi]
Baginda bersabda: “Kewajipan orang tua terhadap anaknya adalah
memberi NAMA yang BAIK, mengajar ADAB SOPAN, membaca dan menulis, berenang,
mamanah, serta tidak memberi makanan yang haram kepada
mereka.”
Cth:- Sultan Murad mendidik anaknya, Sultan Muhammad al-Fateh dari
segala aspek dan hal.
-
Abdul ‘Aziz mendidik Umar
dengan sebaiknya.
Ilmu:-
Buku: “Buku apa
yang kita baca sekarang menentukan siapa kita pada masa akan
datang.
[Pahrol
Juoi]
Persekitaran:-
Dari segi
psiko-Keislaman (keagamaan), kita diazankan sewaktu kecil untuk memberi
gelombang pada petumbuhan jiwa dan minda.
Begitu juga dengan
akikah.Nama yang baik
juga memberi kesan kepada kita,
Rasulullah saw
bersabda: “Nama itu DOA, ia membawa kepada SIFAT anak.”
Persekitaran yang
baik;
-solat
berjemaah.
-kawan yang soleh
dan solehah
Makanan:-Sabda baginda saw, “Isteri yang sedang hamil, berilah ia KURMA agar anaknya lahir sihat dan gagah.”
-Susu Ibu
-Mubarak Furi berkata, “Ini (susu ibu) merupakan soal kesihatan, otak, lidah yang fasih.”
Allah berfirman dalam Quran; “Susukanlah anak-anak sehingga genap dua tahun,”
-al baqarah-
2. Murobbi
3. Muaddib
4. Mursyid
Mu’allim ialah berdasarkan daripada hadith baginda saw, “Aku diutuskan untuk menjadi Mu’allim. (guru)”
Allah berfirman di dalam al-Quran, “Dan diajarkan Adam (Nabi Adam) nama-nama yang ada di sekelilingnya,...”
Allah telah mengajar Nabi Adam tentang nama-nama para Malaikat, nama-nama haiwan, dan segala makhluk yang ada di sekelilingnya.
Jadi, peranan ibu bapa seharusnya mengajar anak-anaknya segala nama-nama para Rasul, Malaikat, nama-nama Allah, tokoh-tokoh Islam, dll.
Murobbi ialah pentarbiyyah.
Bagaimana Allah mentarbiyyah kekasih-Nya iaitu Rasulullah saw agar jiwa baginda saw menjadi kental:-
-Yatim piatu:- Allah menjadikan nabi SAW yatim piatu untuk mentarbiyyah baginda saw supaya menjadi lebih ‘independent’.
-Gaya hidup yang miskin/sederhana:- Hidup yang sederhana banyak melatih baginda saw lebih menghormati golongan miskin dan sederhana.
Muaddib ialah lebih fokus kepada adab dan disiplin.
sabda baginda saw, “Aku telah dita’dibkan (dididik dengan ADAB) oleh Tuhanku, dan ia adalah sebaik-baik didikan adab yang aku perolehi,”
sebab itu, peranan ibu bapa sangat penting dalam mendidik anak-anak agar berdisiplin dengan berlaku tegas terhadap anak-anak dalam perkara yang berkaitan dengan HUKUM. Cth: solat, menutup aurat dengan sempurna, membaca al-Quran dll.
Mursyid pula ialah merupakan peringkat pendidik yang paling tinggi dan utama. Maksud mursyid ialah menunjuk dan memimpin serta membimbing seseorang ke jalan yang benar. Allah swt pernah mengeluarkan nabi Adam a.s dari syurga dan kemudian Allah tunjuk jalan kepada baginda a.s supaya bertaubat dan kembali kepada-Nya, dan akhirnya Allah pertemukan nabi Adam a.s bersama Hawa.
Cara Rasulullah saw mendidik anak-anak mengikut cara
psikologi Islam:-
1) Pupuk dan didik
anak dengan al-Quran.Sebelum apa-apa ilmu yang masuk ke dalam hati anak-anak kita, biarlah al-Quran (Kalamullah) yang masuk terlebih dahulu ke dalam hati anak-anak. Ini akan menguatkan SQ (Spritual) anak agar lebih mantap terlebih dahulu sebelum membina IQ (Intellectual) anak-anak dari sebarang ilmu.
Cth: Sultan Muhammad al-Fateh telah dididik dengan al-Quran sebelum beliau mendalami pelbagai jenis ilmu seperti Fizik, Sains, Matematik, Geografi dan tujuh bahasa yang dikuasi olehnya.
2) Matlamat.
Syeikh Muhammad al-Khidir Husein berkata, “Ibu bapa sekarang sudah lupa bahawasanya anak-anak (generasi) sekarang merupakan bakal PEMIMPIN UMMAT di masa akan datang.”
Cth: Sultan Muhammad al-Fateh telah ditanam oleh ayahnya mengenai matlamatnya untuk menawan Kota Konstantinopel, dan mereka telah berusaha ke arah itu, dan ternyata telah berjaya ditawan hanya Muhammad al-Fateh berumur 22 tahun!
“Begin with end in MIND”
-7 Habits- (Steven R covey)
3) Akhlak,
keteladanan, attitude.Rasulullah saw bersabda, “Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.”
Ibu bapa wajib menitikberatkan supaya anak-anak lebih berakhlak mulia dan menjaga adab kepada orang yang lebih tua terutamanya.
Tidak guna terlalu menenkankan kepada anak-anak untuk mencapai gred A dan pointer yang tinggi, jika akhlak anak masih rosak dan terbengkalai!
Cth: Rasulullah saw pernah bersabda yang bermaksud, dengan meletakkan atau menggantungkan ROTAN di rumah boleh menanam rasa takut kepada anak-anak agar mereka rasa bertanggungjawab untuk melaksanak segala yang wajib dan ia juga boleh dapat pahala atas sebab gantung dengan niat untuk mendidik anak-anak.
4) Nasihat anak.
Ada waktu-waktu yang baik untuk menasihati anak/seseorang mengikut cara Rasulullah saw,:
-Ketika sedang berjalan di atas kenderaan.
-Waktu sedang makan.
-Waktu anak sedang sakit.
Mengikut pandangan Dr.Fadzilah Kamsah pula,:
-Selepas mandi.
-Selepas solat. (ibu bapa boleh selitkan tazkirah buat anak-anak sementara menunggu waktu isyak masuk/ di antara maghrib dan isyak)
-Sebelum tidur. (Boleh baca buku-buku sejarah Islam dan menceritakan kepada anak sebelum mereka tidur.)
5) Bersikap adil dan tidak pilih kasih.
Rasulullah saw melarang umatnya dari bersikap tidak adil terhadap anak-anak.
6) Memenuhi hak anak.
Rasulullah saw suka membentuk peribadi anak-anak atau seseorang dengan memberikan mereka PENGHORMATAN.
Ada tiga ‘S’ dalam menghormati anak-anak/seseorang:-
i) SALAM – Dengan memberikan ucapan salam kepada mereka, “Assalamu’alaikum” kerana Rasulullah saw bersabda, “Inginkah kalian aku beritakan kepada kalian, jika kalian amalkan perbuatan ini nescaya kalian akan berkasih sayang? Sebarkanlah SALAM di antara kamu.”
ii) SENYUM – Rasulullah saw sentiasa murah dengan senyuman, sebab itulah baginda saw mudah dikasihi. Jadi, bertambah mudahlah baginda saw untuk berdakwah kepada umatnya.
iii) SENTUH – sentuh dan belailah anak-anak agar mereka rasa disayangi dan dihargai. Pernah sewaktu ketika, Aqra’ Bin Habis at-Tamimiy melihat Rasulullah saw mencium Saidina Hassan dan Saidina Hussein di hadapannya, beliau pun berkata, “Wahai Rasulullah, aku ada 10 orang anak, tetapi tidak seorang pun aku pernah menciumnya.”
Rasulullah saw bersabda, “Siapa yang tidak mengasihi dia tidak akan dikasihi.”
Penutup...
Sharing is caring and loving.
Ayat untuk melentur anak yang degil. Boleh amalkan ayat dari surah ali ‘Imran, ayat ke 200. Baca dan hembuskan ke dalam masakan, atau minuman yang dimasak untuk mereka minum dan makan.
Ayat untuk
menjadikan anak-anak mudah bijak dan kuat ingatan, boleh amalkan ayat dari surah
ar-Rahman dari 1-4. Baca sambil memegang ubun-ubun anak-anak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan