Pendidikan prasekolah memberi penekanan kepada perkembangan
sosioemosi kanak-kanak. Kanak-kanak akan menghadapi masalah di prasekolah dan
juga di sekolah rendah kelak jika sosioemosi mereka kurang stabil dan mantap.
Perkembangan sosioemosi merangkumi aspek mengenali dan mengurus emosi sendiri,
pencapaian emosi yang positif, pembinaan konsep kendiri positif serta pembinaan
kemahiran berinteraksi dan kemahiran sosial. Perkembangan sosioemosi berlaku
sepanjang masa kanak-kanak berada di prasekolah, ia tidak dicapai melalui
aktiviti spesifik tetapi menerusi kesemua aktiviti sama ada aktiviti rutin,
semasa rehat, semasa makan dan juga aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan