Prasekolah Seri Duyong terletak di Sekolah Kebangsaan Seri Duyong, Permatang Duyong, Melaka. Memulakan persekolahan pada 3 Januari 2008 bersamaan 24 Zulhijjah 1428 Hijrah. Prasekolah ini menerima pelajar sulongnya iaitu seramai 75 orang kanak-kanak berumur enam tahun Prasekolah ini terdiri daripada tiga buah kelas dan dikendalikan oleh tiga orang guru terlatih dan tiga orang Pembantu Pengurusan Murid.

Isnin, 21 Mei 2012

Gurindam Nasihat


Marilah bersama kita renungkan kata-kata ini.
Semoga segala perlakuan kita semua akan sentiasa diberkati dan dirahmati oleh
Allah SWT pada setiap masa dan ketika.
* Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT.
* Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.
* Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.
* Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat.
* Apabila masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat.
* Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat.
* Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat.
* Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat.
* Apabila pembangunan pun meningkat, kemajuan menjadi pesat.
…….
TETAPI AWAS, apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat,
kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.
* Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat.
* Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat,
* KETIKA ITU manusia mula mengubah tabiat.
* Apabila manusia telah mengubah tabiat,
* ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.
* Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat.
* Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi jahat.
* Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat.
* Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati lambat.
* Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jer la
* minyak gamat.
* Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat.
* Semua nak tunjuk kuat.
* Bila berjudi, percaya unsur kurafat.
* Tapi hidup pula yang melarat.
* Tali kasut dah tak berikat.
* Rambut pun jarang sikat.
* Yang perempuan, pakai mini sekerat.
* Suka pakai baju ketat.
* Suka sangat menunjukkan pusat.
* Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.
* Pakai pulak yang singkat-singkat.
* Kadang-kadang ternampak benda ‘bulat’.
* Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat.
* Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat.
* Duduk jauh berkirim surat.
* Bila berjumpa, tangan berjabat.
* Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.
* Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.
* Usah peduli agama dan adat.
* Usah takut Allah dan malaikat.
* Yang penting apa kita nak buat?
* Kita ‘bukti’ lah kita buat.
* Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.
* Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlah pula anak-anak yang tak cukup sifat.
* Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang di merata tempat.
* MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.
* Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat.
* Habis manusia telah tersesat.
* Inilah dia fenomena masyarakat.
* Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,
* Marilah kita pakat mengingat,
* Bahawa dunia hari ini makin singkat,
* Esok atau lusa mungkin kiamat,
* Sampai masa kita semua akan berangkat! .
* Berangkat menuju ke negeri akhirat.
* Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.
* Masa tu, sindri mau ingat.
* Umur mu banyak mana mu buat ibadat…?
* Zaman muda mu, apa yang telah mu buat…?
* Harta benda anta, dari mana anta dapat…?
* Ilmu anta, adakah anta manafaat…?
Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera meninggalkan maksiat
dan memperbanyakkan ibadat.

Tentang Kebaikan....


Ambillah kebaikan dari orang yang mempunyai kebaikan dan tinggalkanlah keburukan yang ada pada orang yang mempunyai keburukan.
Latihlah diri kita untuk membalas dengan kebaikan kepada orang-orang yang telah berbuat keburukan kepada kita.
Belajarlah menahan diri dari selalu ingin melihat jasa dan kebaikan sendiri. Orang yang ikhlas itu bijak menyembunyikan kebaikannya sebagaimana dia menyembunyikan keburukannya.
Tidak ada sesuatu yang lebih baik daripada akal yang diperindah dengan ilmu, ilmu dengan kebenaran, kebenaran dengan kebaikan, dan kebaikan dengan taqwa.
Orang yang beriman itu mempunyai upaya untuk mengajak kepada kebaikan, mengajak kepada perkara-perkara yang akan mendekatkan kepada Allah dan melarang dari perbuatan yang tidak disukai Allah.

Janganlah Mencaci Sesama Kita....


Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa satu ketika seorang lelaki sedang mencaci Abu Bakar r.a sedangkan Nabi s.a.w sedang duduk di hadapannya. Orang itu terus mencacinya sedangkan Abu Bakar r.a dan Nabi s.a.w terus bersabar mendengarnya. Lantas Nabi s.a.w tersenyum. Apabila orang itu mencacinya dengan keterlaluan, lantas Abu Bakar r.a menjawab akan caciannya. Mendengarkan akan jawaban itu, Nabi s.a.w begitu marah, bangun, lalu meninggalkannya.
Abu Bakar r.a menyusul Nabi s.a.w dibelakangnya dan berkata: Ya Rasulullah s.a.w, apabila orang itu terus mencaciku engkau masih tetap duduk dan apabila aku menjawabnya, tuan nampaknya marah dan bangun?
Nabi s.a.w menjawab: Semasa kamu diam dan bersabar mendengarnya, seorang malaikat bersama denganmu yang mana sedang menjawab caci maki orang itu bagi pihakmu, tetapi apabila kamu menjawabnya semula, malaikat itu meninggalkanmu, dan syaitan telah datang di antara kamu, dan aku tidak mahu duduk bersama dengan syaitan; oleh kerana itu aku meninggalkan kamu.
(Hadith Riwayat Ahmad)
==========================================================================
Siapa lah kita yang mahu mencaci ciptaan Allah? Sebanyak mana keburukan dan kesalahan mereka yang kita ketahui, Allah lebih mengetahui. Walaupun sebanyak buih di laut, keampunan dan kasih sayang Allah jauh lebih luas daripada itu.
Semoga Allah mengampuni segala dosa-dosa kita yang telah lalu dan marilah kita bertaubat dan bertekad tidak akan mencaci sesama kita lagi.

Nasihat Sepanjang Zaman


Barangsiapa merasa cukup dengan apa yang telah diberikan Allah, maka dia kaya.
Barangsiapa suka memandang harta orang lain, dia akan mati miskin.
Barangsiapa tidak redha (tidak rela) dengan apa yang telah diberikan Allah kepadanya, maka dia telah menentang keputusanNya (qadha’Nya)
Barangsiapa memandang remeh kesalahannya, maka dia akan memandang besar kesalahan orang lain.
Barangsiapa memandang besar kesalahannya, maka dia akan memandang remeh kesalahan orang lain.
Barangsiapa membuka aib orang lain, maka aib keturunannya akan tersingkap.
Barangsiapa menggali lubang untuk mencelakakan saudaranya, maka dia sendiri akan terjerumus ke dalamnya.
Barangsiapa bergaul dengan ulama, maka dia akan dimuliakan.
Barangsiapa memasuki tempat-tempat biasa dikunjungi orang-orang bodoh, maka dia akan direndahkan.
Dan barangsiapa memasuki tempat-tempat kemaksiatan, maka dia akan dituduh berbuat maksiat.

SIFAT SOMBONG MERUGIKAN


Apabila kita tidak berilmu, kita harus mengamalkan sifat merendahkan diri untuk belajar. Kita tidak boleh menjadi orang sombong, kerana dengan kesombongan itu, kita akan menjadi orang bodoh. Sekalipun seseorang itu mempunyai ilmu yang mencapai tahap ijazah kedoktoran (PhD), jika dia sombong, ijazah kedoktorannya itu tidak akan menjadikan dia lebih bijaksana. Hal ini kerana, orang sombong dengan ilmunya tidak akan suka ditegur dan dibetulkan. Dia merasakan dirinya sentiasa benar dalam semua perkara. Maka jika dia tersalah, dia akan kekal dalam kesalahan itu. Dia juga tidak suka menadah ilmu daripada orang yang dirasakannya lebih rendah tahap ilmunya. Maka ilmunya tidak akan meningkat dan berkembang, tetapi akan beku atau hanya menjurus pada satu-satu bidang yang dia pakar sahaja.

Lain halnya dengan ahli ilmu yang tawaduk atau merendah diri. Seorang yang tawaduk akan sanggup menadah ilmu daripada siapa saja. Dia juga rela ditegur dan dikritik. Kepada orang yang merendah diri, Allah akan berikan padanya hati yang lapang, fikiran yang cerdas dan perasaan yang tenang untuk mendapat ilmu yang banyak.

Ilmu akan meninggikan darjat seseorang di sisi Allah dan manusia tetapi dengan syarat, orang itu merendah diri. Namun sekiranya dia angkuh, tunggulah, ilmu itu yang akan menghenyaknya ke bawah. Ingatlah, rasa tidak berilmu adalah pakaian peribadi orang yang benar-benar berilmu. 

Murid-murid prasekolah yang comel

Murid-murid prasekolah yang comel

sabar menunggu.....

Sambutan Hari Guru

Sambutan Hari Guru di SK Seri Duyong Melaka diadakan pada 17hb Mei 2012...Suasana Meriah menyelubungi sekitar sekolah dengan tema warna pilihan Oren.

Jumaat, 18 Mei 2012

KATA-KATA SAIDINA UMAR

*Kebajikan yang ringan adalah menunjukkan muka berseri-seri dan menuturkan kata-kata lemah lembut.
*Barangsiapa menempatkan dirinya di tempat yang menimbulkan prasangka maka janganlah menyesal kalau orang menyangka buruk padanya.
*Tidak ada ertinya Islam tanpa jemaah dan tidak ada ertinya jemaah tanpa pemimpin dan tidak ada ertinya pemimpin tanpa ketaatan.
*Aku tidak pedulikan keadaan susah atau senangku kerana aku tidak tahu manakah di antara keduanya yang lebih baik dariku.
*Apabila kita bermewah-mewah di dunia akan kurang ganjarannya di akhirat.
*Apabila engkau melihat orang yang berilmu mencintai dunia, maka curigailah ia mengenai agamanya, kerana orang yang mencintai sesuatu ia akan menyibukkan diri dengan apa yang dicintainya...

*"Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya, org yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina, orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya. Barangsiapa menjaga kehormatan 0rang lain, pasti keh0rmatan dirinya akan terjaga."



Cara Didik Anak

Pengertian DIDIK ialah memelihara dan memberi latihan, ajaran, tuntutan dari pimpinan tentang AKHLAK dan keCERDASan FIKIRAN.

Anak dibentuk oleh lima faktor:-
      1) Ayah
2) Ibu
      3) Ilmu
4) Persekitaran
5) Makanan

Ayah dan Ibu:-
Rasulullah saw bersabda: “Tiada pemberian yang lebih utama dari orang tua (ibu bapa) kepada anak-anak selain AKHLAK yang BAIK."
[H.R. Tirmidzi]
Baginda bersabda: “Kewajipan orang tua terhadap anaknya adalah memberi NAMA yang BAIK, mengajar ADAB SOPAN, membaca dan menulis, berenang, mamanah, serta tidak memberi makanan yang haram kepada mereka.”
Cth:- Sultan Murad mendidik anaknya, Sultan Muhammad al-Fateh dari segala aspek dan hal.
- Abdul ‘Aziz mendidik Umar dengan sebaiknya.

Ilmu:-
Buku: “Buku apa yang kita baca sekarang menentukan siapa kita pada masa akan datang.
[Pahrol Juoi]
Persekitaran:-
Dari segi psiko-Keislaman (keagamaan), kita diazankan sewaktu kecil untuk memberi gelombang pada petumbuhan jiwa dan minda.
Begitu juga dengan akikah.Nama yang baik juga memberi kesan kepada kita,
Rasulullah saw bersabda: “Nama itu DOA, ia membawa kepada SIFAT anak.”
Persekitaran yang baik;
-solat berjemaah.
-kawan yang soleh dan solehah
Makanan:-
Sabda baginda saw, “Isteri yang sedang hamil, berilah ia KURMA agar anaknya lahir sihat dan gagah.”
-Susu Ibu
-Mubarak Furi berkata, “Ini (susu ibu) merupakan soal kesihatan, otak, lidah yang fasih.”
Allah berfirman dalam Quran; “Susukanlah anak-anak sehingga genap dua tahun,”
-al baqarah-

 Empat peringkat PENDIDIK:-
1. Mu’allim
2. Murobbi
3. Muaddib
4. Mursyid

Mu’allim ialah berdasarkan daripada hadith baginda saw, “Aku diutuskan untuk menjadi Mu’allim. (guru)”
Allah berfirman di dalam al-Quran, “Dan diajarkan Adam (Nabi Adam) nama-nama yang ada di sekelilingnya,...”
Allah telah mengajar Nabi Adam tentang nama-nama para Malaikat, nama-nama haiwan, dan segala makhluk yang ada di sekelilingnya.
Jadi, peranan ibu bapa seharusnya mengajar anak-anaknya segala nama-nama para Rasul, Malaikat, nama-nama Allah, tokoh-tokoh Islam, dll.
Murobbi ialah pentarbiyyah.
Bagaimana Allah mentarbiyyah kekasih-Nya iaitu Rasulullah saw agar jiwa baginda saw menjadi kental:-
-Yatim piatu:- Allah menjadikan nabi SAW yatim piatu untuk mentarbiyyah baginda saw supaya menjadi lebih ‘independent’.
-Gaya hidup yang miskin/sederhana:- Hidup yang sederhana banyak melatih baginda saw lebih menghormati golongan miskin dan sederhana.
Muaddib ialah lebih fokus kepada adab dan disiplin.
sabda baginda saw, “Aku telah dita’dibkan (dididik dengan ADAB) oleh Tuhanku, dan ia adalah sebaik-baik didikan adab yang aku perolehi,”
sebab itu, peranan ibu bapa sangat penting dalam mendidik anak-anak agar berdisiplin dengan berlaku tegas terhadap anak-anak dalam perkara yang berkaitan dengan HUKUM. Cth: solat, menutup aurat dengan sempurna, membaca al-Quran dll.
Mursyid pula ialah merupakan peringkat pendidik yang paling tinggi dan utama. Maksud mursyid ialah menunjuk dan memimpin serta membimbing seseorang ke jalan yang benar. Allah swt pernah mengeluarkan nabi Adam a.s dari syurga dan kemudian Allah tunjuk jalan kepada baginda a.s supaya bertaubat dan kembali kepada-Nya, dan akhirnya Allah pertemukan nabi Adam a.s bersama Hawa.

Cara Rasulullah saw mendidik anak-anak mengikut cara psikologi Islam:-
1) Pupuk dan didik anak dengan al-Quran.
Sebelum apa-apa ilmu yang masuk ke dalam hati anak-anak kita, biarlah al-Quran (Kalamullah) yang masuk terlebih dahulu ke dalam hati anak-anak. Ini akan menguatkan SQ (Spritual) anak agar lebih mantap terlebih dahulu sebelum membina IQ (Intellectual) anak-anak dari sebarang ilmu.
Cth: Sultan Muhammad al-Fateh telah dididik dengan al-Quran sebelum beliau mendalami pelbagai jenis ilmu seperti Fizik, Sains, Matematik, Geografi dan tujuh bahasa yang dikuasi olehnya.
2) Matlamat.
Syeikh Muhammad al-Khidir Husein berkata, “Ibu bapa sekarang sudah lupa bahawasanya anak-anak (generasi) sekarang merupakan bakal PEMIMPIN UMMAT di masa akan datang.”
Cth: Sultan Muhammad al-Fateh telah ditanam oleh ayahnya mengenai matlamatnya untuk menawan Kota Konstantinopel, dan mereka telah berusaha ke arah itu, dan ternyata telah berjaya ditawan hanya Muhammad al-Fateh berumur 22 tahun!
“Begin with end in MIND” -7 Habits- (Steven R covey)
3) Akhlak, keteladanan, attitude.
Rasulullah saw bersabda, “Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.”
Ibu bapa wajib menitikberatkan supaya anak-anak lebih berakhlak mulia dan menjaga adab kepada orang yang lebih tua terutamanya.
Tidak guna terlalu menenkankan kepada anak-anak untuk mencapai gred A dan pointer yang tinggi, jika akhlak anak masih rosak dan terbengkalai!
Cth: Rasulullah saw pernah bersabda yang bermaksud, dengan meletakkan atau menggantungkan ROTAN di rumah boleh menanam rasa takut kepada anak-anak agar mereka rasa bertanggungjawab untuk melaksanak segala yang wajib dan ia juga boleh dapat pahala atas sebab gantung dengan niat untuk mendidik anak-anak.
4) Nasihat anak.
Ada waktu-waktu yang baik untuk menasihati anak/seseorang mengikut cara Rasulullah saw,:
-Ketika sedang berjalan di atas kenderaan.
-Waktu sedang makan.
-Waktu anak sedang sakit.
Mengikut pandangan Dr.Fadzilah Kamsah pula,:
-Selepas mandi.
-Selepas solat. (ibu bapa boleh selitkan tazkirah buat anak-anak sementara menunggu waktu isyak masuk/ di antara maghrib dan isyak)
-Sebelum tidur. (Boleh baca buku-buku sejarah Islam dan menceritakan kepada anak sebelum mereka tidur.)
5) Bersikap adil dan tidak pilih kasih.
Rasulullah saw melarang umatnya dari bersikap tidak adil terhadap anak-anak.
6) Memenuhi hak anak.
Rasulullah saw suka membentuk peribadi anak-anak atau seseorang dengan memberikan mereka PENGHORMATAN.
Ada tiga ‘S’ dalam menghormati anak-anak/seseorang:-
i) SALAM – Dengan memberikan ucapan salam kepada mereka, “Assalamu’alaikum” kerana Rasulullah saw bersabda, “Inginkah kalian aku beritakan kepada kalian, jika kalian amalkan perbuatan ini nescaya kalian akan berkasih sayang? Sebarkanlah SALAM di antara kamu.”
ii) SENYUM – Rasulullah saw sentiasa murah dengan senyuman, sebab itulah baginda saw mudah dikasihi. Jadi, bertambah mudahlah baginda saw untuk berdakwah kepada umatnya.
iii) SENTUH – sentuh dan belailah anak-anak agar mereka rasa disayangi dan dihargai. Pernah sewaktu ketika, Aqra’ Bin Habis at-Tamimiy melihat Rasulullah saw mencium Saidina Hassan dan Saidina Hussein di hadapannya, beliau pun berkata, “Wahai Rasulullah, aku ada 10 orang anak, tetapi tidak seorang pun aku pernah menciumnya.”
Rasulullah saw bersabda, “Siapa yang tidak mengasihi dia tidak akan dikasihi.”

Penutup...
Sharing is caring and loving.
Ayat untuk melentur anak yang degil. Boleh amalkan ayat dari surah ali ‘Imran, ayat ke 200. Baca dan hembuskan ke dalam masakan, atau minuman yang dimasak untuk mereka minum dan makan.
Ayat untuk menjadikan anak-anak mudah bijak dan kuat ingatan, boleh amalkan ayat dari surah ar-Rahman dari 1-4. Baca sambil memegang ubun-ubun anak-anak.

Fikirkanlah...

Ia membawa kegembiraan dan kesedihan, namun ia masih diam membisu. Malah, tiada siapa yang betul2 boleh mempelajari dan mendapati apa yang hidup ini ingin katakan.. kadang2 ia seperti kita sendiri, kadang2 seperti orang asing, kadang2 seperti tangisan, kadang2 seperti tawa riang, kadang2 seperti sungai, kadang2 seperti dahaga, itulah yang kita Nampak... ia adalah bunyi lembut dalam keadaan yang senyap. Hidup ini adalah rahmat dari Tuhan, tiada siapa yang pernah menyentuh atau melihatnya, ia adalah wangian pengalaman, ia adalah angin yang mengharumkan. Berbicaralah dengan hati, dengarlah kata hati, pilihlah teman hidup dari dasar lubuk hati, dunia akan mengatakan apa saja, maka pedulikanlah apa yang dunia kata. Dandanilah dan hiasilah perkara2 tersebut pada bulu mata dan ciptalah impian2 yang gemilang..................

Sabtu, 12 Mei 2012

Luahan Hati Seorang PPM yang saya copy dari blog lain...kesiannya..^_^

Saya pun ppm jugak... tapi bagi saya amat menyedihkan.. skrg sy bertugas di sekolah tamil di sekitar kuala lumpur. Sebnarnya bukan itu masalah bagi saya tp keadaan persekitaran yg mmbuatkan saya rasa kecik hati dan rasa terhina. Setiap pagi saya dikehendaki menyediakan secawan air panas x kira milo ke atau ape ke dan satu botol air masak. Apakah itu tugas PPM... saya dah rasa mcm "tea lady". cikgu tu pulak(india) setiap kali makan, xpulak dia nak basuh pinggan... Saya xfaham dgn sikap cikgu ni... Kerja2 yg xsepatutnya saya buat. Saya nak buat aduan tapi takut nanti kena boikot pulak tp saya nak buat mcm mana lagi ?? Saya diarahkan untuk menyiapkan kertas kerja untuk rombongan dan konvo...yang paling menyakitkn hati, setiap kali aktiviti sekolah, xkira apapun.. saya diarahkan untuk tugasan menyediakan minuman, tetapi kebajikan saya sbg kakitngn krajaan xde... semua guru dan kakitngn sokongan dapat seorng sehelai t'shit. tapi saya bayang t'shirt pun xde. higgakan ada ibu bapa pelajar yang tegur " eh u kenapa xpakai t'shir mcm diaorg semua ??' betapa rasa rendahnya diri saya dan hinanya kerja ppm ni diperlaku mcm tu... Saya berusaha menghias dan mencantikkn kelas, hari2 blik lambat, akhirnya berbaloi sbb pihak pemantau amat berpuas hati dan nak jadikan pra contoh... tp yang dpt nama, cikgu jugak sedangkan time buat kerja2 tu, cikgu tahu mengarah je... cikgu cukup time balik sedangkan saya hari2 blik lambat hampir sebulan, rehat pun xambil semata2 nak menyiapkan kelas tu... BETAPA SEDIHNYA HATI SAYA SEBAGAI SEORG PPM...

Saya harap..sebagai guru...kita tak seharusnya mempergunakan dan buat PPM rasa terpinggir...jangan wujudkan jurang atau berpuak dalam satu bumbung di tempat kerja...kita ada nilai kemanusiaan...jadi sama-samalah kita hormat menghormati dan bekerjasama dengan PPM yang bertugas di sekolah kita...PPM bukan orang gaji..bukan tea lady...PPM ada tugas yang perlu dilakukan..

BIDANG TUGAS PEMBANTU PENGURUSAN MURID PENDIDIKAN KHAS

Pengurusan Kelas Akademik Pendidikan Khas
1. Menjaga Hal Ehwal Murid Pendidikan Khas
2. Pengurusan Bilik Darjah/Bangunan Pendidikan Khas
3. Pengurusan Dokumen dan Stok Pendidikan Khas
4. Perjalanan Pengajaran dan Pembelajaran
5. Pengurusan / Pergerakan dan Aktiviti Murid Pendidikan Khas (Mobiliti)
6. Tugas Sewaktu Cuti Sekolah



PENGHURAIAN KERJA BAGI SKIM PERKHIDMATAN PEMBANTU PENGURUSAN MURID

1. SKIM PERKHIDMATAN
1.1 Pembantu Pengurusan Murid Gred N17, N 22

2. PERINGKAT ORGANISASI
2.1 Kelas Akademik Pendidikan Khas

3. RINGKASAN TUGAS
3.1 Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas membantu guru di kelas-kelas akademik pendidikan khas di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia.

4. SKOP FUNGSI DAN BIDANG TUGAS
Pembantu Pengurusan Murid ( PPM ) bertanggungjawab ke atas tugas-tugas seperti berikut:-

4.1 Menjaga Hal Ehwal Murid Pendidikan Khas
4.2 Mengawasi murid semasa perubahan P&P/ sewaktu guru
4.3 Menjaga murid yang sakit sementara menunggu kedatangan ibu bapa/penjaga/ semasa urusan ke hospital.
4.4 Membantu merawat kecederaan ringan yang dialami oleh murid.
4.5 Bersama murid pada perhimpunan rasmi sekolah.
4.6 Menjadi contoh dan teladan yang baik kepada murid dari segi tingkah laku, tutur bahasa dan kekemasan diri.
4.7 Membantu menguruskan murid baru.
4.8 Membantu mengambil dan menghantar buku rekod kedatangan murid ke pejabat.
4.9 Membantu mengawasi murid sewaktu RMT dan semasa rehat.

5. PENGURUSAN BILIK DARJAH/ BANGUNAN PENDIDIKAN KHAS
Bertanggungjawab membuka dan menutup kelas serta memastikan kelas dalam keadaan terurus sebelum dan selepas P&P.

5.1 Memastikan kebersihan dalam dan luar bilik darjah/bangunan Pendidikan Khas.
5.2 Memastikan kebersihan di dalam dan di luar tandas Pendidikan Khas.
5.3 Membantu murid menjaga projek pendidikan khas seperti kebun, taman dan lain-lain.
5.4 Membantu menjaga keselamatan alatan di dalam dan di luar bilik darjah/ bangunan Pendidikan Khas.
5.5 Membantu menyediakan ruang maklumat dan mengemaskini papan kenyataan dari semasa ke semasa.
5.6 Membantu mewujudkan suasana bilik darjah yang kondusif.
5.7 Membantu menceriakan dalam dan luar bilik darjah/bangunan Pendidikan Khas.
5.8 Membantu memastikan kandungan peralatan dalam peti ubat dan alat pemadam api masih boleh digunakan.

6. PENGURUSAN DOKUMEN DAN STOK PENDIDIKAN KHAS
6.1 Membantu menyusun fail Pendidikan Khas dengan teratur dan mudah diperolehi.
6.2 Membantu dalam pengurusan surat menyurat.
6.3 Membantu mengemas kini data murid setiap bulan.
6.4 Membantu mengemas kini rekod dan fail murid.
6.5 Membantu membuat inventori peralatan dan perabot di dalam kelas.

7. PERJALANAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
7.1 Membantu menyediakan bahan,peralatan dan buku yang diminta oleh guru sebelum sesi P & P
7.2 Membantu mengurus masalah tingkahlaku murid semasa P&P sekiranya perlu.
7.3 Membantu menguruskan murid semasa aktiviti P&P sekiranya perlu.
7.4 Membantu murid inklusif di kelas aliran perdana sekiranya perlu.

8 PENGURUSAN/PERGERAKAN DAN AKTIVITI MURID PENDIDIKAN KHAS (MOBILITI)
Membantu:

8.1 Menguruskan murid yang tidak mampu berjalan atau bergerak dengan sendiri untuk ke sesuatu tempat .
8.2 Setiap aktiviti terapi dan aktiviti luar contohnya terapi renang, terapi berkuda, senamrobik, terapi refleksiologi, aktiviti sukan dan aktiviti lawatan.
8.3 Mengawasi pergerakan murid ketika mereka menjalani aktivitim kokurikulum.
8.4 Menghantar dan mengambil murid inklusif di kelas aliran perdana.

9 TUGAS SEWAKTU CUTI SEKOLAH

9.1 CUTI PENGGAL
Memastikan:

9.1.1 Bilik darjah dan tandas di blok pendidikan Khas sentiasa bersih, kemas dan selamat.
9.1.2 Semua peralatan kelas dalam keadaan selamat dan tidak rosak.
9.1.3 Projek Pendidikan Khas seperti kebun, taman dan lain-lain sentiasa dijaga dengan baik.
9.1.4 Menghubungi Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas/ Penyelaras sekiranya diperlukan untuk tindakan segera.

9.2 CUTI AKHIR TAHUN
Memastikan:

9.2.1 Bilik darjah dan tandas di blok pendidikan Khas sentiasa bersih, kemas dan selamat.
9.2.2 Semua peralatan kelas dalam keadaan selamat dan tidak rosak
9.2.3 Projek Pendidikan Khas seperti kebun, taman dan lain-lain sentiasa dijaga dengan baik.
9.2.4 Menyemak stok dan inventori.
9.2.5 Melabel dan mengemaskini sistem fail.
9.2.6 Menyediakan borang-borang dan fail untuk pendaftaran murid baru.
9.2.7 Menghubungi Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas/Penyelaras atau Guru Pendidikan Khas yang lain sekiranya diperlukan untuk tindakan segera.

10. TUGAS-TUGAS RASMI LAIN YANG DIARAHKAN DARI SEMASA KE SEMASA OLEH PIHAK PENGURUSAN

Semua PPM perlu ada 2 item ni...