Prasekolah Seri Duyong terletak di Sekolah Kebangsaan Seri Duyong, Permatang Duyong, Melaka. Memulakan persekolahan pada 3 Januari 2008 bersamaan 24 Zulhijjah 1428 Hijrah. Prasekolah ini menerima pelajar sulongnya iaitu seramai 75 orang kanak-kanak berumur enam tahun Prasekolah ini terdiri daripada tiga buah kelas dan dikendalikan oleh tiga orang guru terlatih dan tiga orang Pembantu Pengurusan Murid.

Khamis, 2 Februari 2012

PEMBANTU PENGURUSAN MURID

. Berupaya membantu guru mengurus kelas prasekolah dengan baik dan sempurna berpandukan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 2003 (Skim Perkhidmatan Pembantu Pengurusan Murid).


1.1 Elemen Pengetahuan:

1.1.1 Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9 Tahun 2003 (Skim Perkhidmatan Pembantu Pengurusan Murid) ;

1.1.2 Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 2003 (Skim Perkhidmatan Pembantu Pengurusan Murid)

1.1.3 Arahan Perbendaharaan yang berkaitan;

1.1.4 Pekeliling Perbendaharaan yang berkaitan;

1.1.5 Surat Pekeliling Perbendaharaan yang berkaitan;

1.1.6 Rekod pendaftaran murid;

1.1.7 Daftar kehadiran harian murid prasekolah;

1.1.8 Tatacara pengurusan aset alih kerajaan;

1.1.9 Inventori peralatan dan bahan di dalam kelas prasekolah;

1.1.10 Urusan surat-menyurat;

1.1.11 Rekod pembelian bahan dan peralatan prasekolah;

1.1.12 Rekod Daftar Bekalan Pejabat ;

1.1.13 Rekod Pergerakan Harta Modal ;

1.1.14 Tatacara kemas kini data dan maklumat bagi murid-murid prasekolah;

1.1.15 Program-program khas;

1.1.16 Rekod perbelanjaan;

1.1.17 Rekod kewangan;

1.1.18 Rekod sumbangan kewangan.



1.2 Elemen Kemahiran:

1.2.1 Membantu mendaftar kehadiran murid-murid prasekolah setiap hari;

1.2.2 Membantu melaksanakan pengurusan inventori peralatan dan bahan di dalam kelas prasekolah;

1.2.3 Membantu merekod Daftar Bekalan Pejabat;

1.2.4 Membantu merekod Pergerakan Harta Modal;

1.2.5 Melaksanakan tugas dalam urusan surat menyurat

1.2.6 Merekodkan pembelian bahan dan peralatan prasekolah;

1.2.7 Membantu mengemas kini data dan maklumat bagi murid-murid prasekolah;

1.2.8 Merekodkan pendaftaran murid-murid prasekolah;

1.2.9 Menghubungi agensi luar bagi mendapatkan kerjasama untuk mengendalikan aktiviti prasekolah;

1.2.10 Menyediakan laporan perbelanjaan bulanan Prasekolah; dan

1.2.11 Merekodkan perbelanjaan dan sumbangan yang diterima untuk prasekolah.



1.3 Elemen Nilai Profesion:

1.31 Jujur dan amanah;

1.3.2 Bersedia menerima dan mematuhi arahan;

1.3.3 Bertanggungjawab; dan

1.3.4 Menyayangi murid





2. Berupaya membantu guru prasekolah dalam pengurusan pengajaran dan pembelajaran berpandukan Pekeliling Bilangan 9 Tahun 2003 (Skim Perkhidmatan Pembantu Pengurusan Murid) bagi memastikan murid dapat menikmati pembelajaran yang menyeronokkan.





2.1 Elemen Pengetahuan:

2.1.1 Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 2003 (Skim Perkhidmatan Pembantu Pengurusan Murid)

2.1.2 Bimbingan dan asuhan murid-murid prasekolah;
2.1.3 Suasana pembelajaran yang kondusif;
2.1.4 Motivasi belajar murid prasekolah;
2.1.5 Bahan bantu mengajar;
2.1.6 Tatacara kawalan keselamatan kesihatan dan keselesaan murid;
2.1.7 Aktiviti pengajaran dan pembelajaran;
2.1.8 Rancangan pelajaran harian;
2.1.9 Kaedah pengurusan prasekolah; dan
2.1.10 Modul Tugas Pembantu Pengurusan Murid.

2.2 Elemen Kemahiran:
2.2.1 Membantu guru prasekolah merancang aktiviti bimbingan dan asuhan;
2.2.2 Membantu guru mewujudkan suasana selesa,selamat dan menggembirakan;
2.2.3 Membantu merangsang dan meningkatkan motivasi murid-murid prasekolah supaya bersedia untuk belajar;
2.2.4 Membantu memilih dan menyediakan bahan-bahan serta peralatan yang sesuai dengan keperluan, kesediaan dan perkembangan murid prasekolah;
2.2.5 Membantu mengawasi dan menjaga keselamatan, kesihatan dan keselesaan murid dalam atau di luar kawasan sekolah semasa murid berkenaan di bawah jagaan sekolah;
2.2.6 Memberi bantuan kepada murid dan mendampingi mereka semasa menjalankan aktiviti harian di sekolah supaya mereka dapat melibatkan diri secara aktif; dan
2.2.7 Membantu guru prasekolah dalam penyediaan P&P prasekolah.

2.3 Elemen Nilai Profesional:
2.3.1 Berpegang kepada prinsip bahawa keperluan pembelajaran setiap murid prasekolah harus diberi keutamaan;
2.3.2 Komitmen terhadap arahan yang diberikan; dan
2.3.3 Adil dalam memberi layanan kepada murid.




3. Berupaya menyedia dan menyajikan menu sajian makanan seimbang sesuai dengan tahap pertumbuhan kanak-kanak bagi merangsang tumbesaran murid.

3.1 Elemen Pengetahuan:
3.1.1 Penyediaan dan menghidang makanan dan minuman yang bersih, berzat dan seimbang;
3.1.2 Penjagaan, kebersihan dan kekemasan perkakasan dapur dengan baik;
3.1.3 Penyediaan dan mengemas keseluruhan ruang di prasekolah; dan
3.1.4 Penyusunan peralatan di pra sekolah mengikut keperluan semasa.

3.2 Elemen Kemahiran:
3.2.1 Membantu merancang menu harian;
3.2.2 Menyedia dan menghidangkan makanan dan minuman yang bersih,berzat dan seimbang;
3.2.3 Mengemas dan membersihkan perkakas seperti pinggan, piring, cawan, peralatan dapur, peti ais dan sebagainya;
3.2.4 Menyedia dan mengemaskan bilik darjah dan bilik-bilik atau ruang yang lain sebelum dan selepas kelas termasuk menyapu, mengunci kelas dan menjaga kebersihan bilik darjah dan ruang-ruang lain;
3.2.5 Menyusun atur kerusi dan meja;
3.2.6 Membantu guru menyusun alat dan bahan pengajaran di dalam kelas.

3.3 Elemen Nilai Profesional:
3.3.1 Berpegang kepada prinsip pentingnya sajian makanan yang seimbang untuk pertumbuhan murid-murid; dan
3.3.2 Prihatin terhadap kebersihan dan kekemasan alatan dan ruang dalam kelas.



4. Berupaya menolong guru mengurus hal ehwal murid prasekolah dengan baik dan sistematik berpandukan Pekeliling Bilangan 9 Tahun 2003 (Skim Perkhidmatan Pembantu Pengurusan Murid) bagi memastikan murid prasekolah terurus dan selamat.

4.1 Elemen Pengetahuan:
4.1.1 Aspek tingkah laku murid-murid prasekolah;
4.1.2 Aspek kebersihan, keselamatan dan kebajikan murid-murid prasekolah;
4.1.3 Tatacara menyambut kedatangan murid-murid;
4.1.4 Tatacara keluar masuk murid ke kelas prasekolah
4.1.5 Kebersihan, keselamatan dan keceriaan kelas prasekolah di dalam dan di luar;
4.1.6 Tatacara pengawasan murid semasa ketiadaan guru; dan
4.1.7 Nilai yang baik untuk dijadikan contoh teladan.

4.2 Elemen Pengetahuan:
4.2.1 Melayani karenah murid prasekolah dan menolong memastikan murid sentiasa berkeadaan bersih;
4.2.2 Menjadi contoh teladan yang baik kepada murid-murid dari segi tingkah laku, tutur bahasa dan kekemasan diri;
4.2.3 Menyambut kedatangan murid dan memastikan murid keluar dari kelas dalam keadaan selamat;
4.2.4 Membantu murid-murid ke tandas sekiranya perlu;
4.2.5 Memerhatikan murid-murid sentiasa dalam keadaan sihat dan bersih;
4.2.6 Membantu guru menjaga keselamatan alatan dan kemudahan prasekolah di dalam dan di luar kelas;
4.2.7 Membantu mengawasi murid semasa ketiadaan guru.

4.3 Elemen Nilai Profesional:
4.3.1 Berpegang kepada prinsip pentingnya kebajikan murid diuruskan dengan baik dan sistematik;
4.3.2 Berpegang kepada prinsip bahawa pengurusan kecerdasan emosi murid perlu diberikan perhatian yang sewajarnya; dan
4.3.3 Prihatin terhadap keselamatan alatan di prasekolah.

1 ulasan: