Prasekolah Seri Duyong terletak di Sekolah Kebangsaan Seri Duyong, Permatang Duyong, Melaka. Memulakan persekolahan pada 3 Januari 2008 bersamaan 24 Zulhijjah 1428 Hijrah. Prasekolah ini menerima pelajar sulongnya iaitu seramai 75 orang kanak-kanak berumur enam tahun Prasekolah ini terdiri daripada tiga buah kelas dan dikendalikan oleh tiga orang guru terlatih dan tiga orang Pembantu Pengurusan Murid.

Jumaat, 25 November 2011

PENGURUSAN HAL EHWAL MURID


Syarat-Syarat Kemasukan Murid Ke Kelas Prasekolah KPM



i.                     Warganegara Malaysia sahaja.(Merujuk daripada penerimaan kemasukan murid ke sekolah rendah)



ii.                   Kanak-kanak yang mencapai umur enam(6) tahun pada hari pertama bulan Januari dalam tahun persekolahan semasa.



iii.                 Keutamaan pemilihan berasaskan kepada merit pendapatan ibubapa/penjaga di bawah garis kemiskinan dan ‘ranking’ pendapatan berkapita keluarga dari rendah ke tinggi.



iv.                 Jumlah bilangan murid setiap kelas tidak melebihi daripada 25 orang.



v.                   Proses pemilihan murid prasekolah KPM hendaklah dibuat oleh Jawatankuasa Pemilihan Murid Prasekolah.



PEMILIHAN MURID



i               Pemilihan murid hendaklah dibuat oleh Jawatankuasa Pemilihan Murid Prasekolah yang terdiri daripada :



*              Guru Besar                                                         -              Naib Pengerusi

*              GPK Pentadbiran                                            -              Naib Pengerusi

*              Guru Prasekolah                                             -              Setiusaha

*              Seorang Guru Tahap 1                                  -              Ahli Jawatankuasa

*              Seorang Guru Tahap 2                                  -              Ahli Jawatankuasa

*              Seorang PPM                                                    -              Pencatat

*              Seorang Wakil Komuniti ( Jika Perlu )



ii.                   Pihak sekolah hendaklah membuat siaran permohonan murid secara meluas dan menerima seberapa banyak permohonan sehingga tarikh tutup.



iii.                 Semua Permohonan hendaklah diperakui ( Berjaya/Gagal) oleh Jawatankuasa Pemilihan di dalam mesyuarat tersebut.





iv.                 Keputusan semua permohonan sama ada Berjaya atau gagal hendaklah dimaklumkan kepada pemohon.



v.                   Pihak sekolah akan mengeluarkan surat tawaran dan borang penerimaan tawaran kemasukan murid prasekolah kepada ibubapa/penjaga.





vi.                 Sekiranya ada calon yang menolak tawaran tersebut, pihak jawatankuasa pemilihan berhak memilih calon-calon simpanan mengikut senarai keutamaan.   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan