Prasekolah Seri Duyong terletak di Sekolah Kebangsaan Seri Duyong, Permatang Duyong, Melaka. Memulakan persekolahan pada 3 Januari 2008 bersamaan 24 Zulhijjah 1428 Hijrah. Prasekolah ini menerima pelajar sulongnya iaitu seramai 75 orang kanak-kanak berumur enam tahun Prasekolah ini terdiri daripada tiga buah kelas dan dikendalikan oleh tiga orang guru terlatih dan tiga orang Pembantu Pengurusan Murid.

Jumaat, 25 November 2011

OBJEKTIF PENDIDIKAN PRASEKOLAH


Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan menyediakan peluang kepada kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun untuk mencapai objektif dalam aspek jasmani, emosi dan sosial, intelek dan rohani seperti berikut;

1.
Membina kecergasan badan
2.
Membina tubuh badan yang sihat
3.
Mempraktikkan amalan kesihatan yang baik
4.
Mempraktikkan langkah-langkah menjaga keselamatan diri
5.
Menguasai kemahiran asas motor halus dan asas motor kasar
6.
Mempunyai kematangan emosi
7.
Mempunyai konsep kendiri yang positif dan jati diri
8.
Berani menyuarakan pandangan dan perasaan
9.
Berkebolehan berinteraksi dengan orang lain
10.
Boleh bekerja secara bersendirian dan juga secara berkumpulan
11.
Menghormati perasaan serta hak orang lain dan seterusnya membentuk perhubungan yang positif dengan orang dewasa serta rakan sebaya
12.
Mengamalkan nilai murni
13.
Mengamalkan nilai-nilai islam dalam kehidupan seharian untuk murid beragama Islam
14.
Berkomunikasi menggunakan Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan bahasa pengantar dalam konteks kehidupan harian
15.
Meneroka persekitaran menggunakan kemahiran asas
16.
Menggunakan kemahiran matematik asas dalam menjalankan tugasan harian dan menyelesaikan masalah.
17.
Menggunakan kemahiran berfikir kritis, kreatif dan inovatif dalam pembelajaran dan kehidupan seharian.
18.
Mengembangkan daya kreatif dan estetika
19.
Menghargai keindahan alam dan warisan budaya

VISI

Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kearah kecemerlangan hidup sejajar dengan matlamat pendidikan prasekolah

MISI

Mewujudkan Sistem Pendidikan yang terbaik untuk menghasilkan insan yang mempunyai daya saing ketahanan tinggi bagi memenuhi aspirasi kehendak individu, masyarakat dan negara

Tiada ulasan:

Catat Ulasan