Prasekolah Seri Duyong terletak di Sekolah Kebangsaan Seri Duyong, Permatang Duyong, Melaka. Memulakan persekolahan pada 3 Januari 2008 bersamaan 24 Zulhijjah 1428 Hijrah. Prasekolah ini menerima pelajar sulongnya iaitu seramai 75 orang kanak-kanak berumur enam tahun Prasekolah ini terdiri daripada tiga buah kelas dan dikendalikan oleh tiga orang guru terlatih dan tiga orang Pembantu Pengurusan Murid.
Jumaat, 25 November 2011
SKOP DAN BIDANG TUGAS PEMBANTU PENGURUSAN MURID PRASEKOLAH
Urusan Pentadbiran Kelas Prasekolah
(a) Membantu guru mendaftar kehadiran murid-murid prasekolah setiap hari.
(b) Membantu guru membuat inventori peralatan dan bahan di dalam kelas prasekolah.
(c) Melaksanakan tugas dalam urusan surat menyurat yang berkaitan dengan prasekolah.
(d) Merekodkan pembelian bahan dan peralatan prasekolah.
(e) Mengemaskini data dan maklumat bagi murid-murid prasekolah.
(f) Menguruskan pendaftaran murid-murid prasekolah.
(g) Menghubungi agensi-agensi lain atau pihak luar yang bekerjasama atau bagi mendapatkan maklumat berkaitan prasekolah.
(h) Membantu guru membuat lawatan susulan ke rumah ibu bapa atau penjaga murid bagi murid-murid yang bermasalah.
(i) Membantu guru dalam menguruskan akaun dan perkara yang berkaitan dengan kewangan prasekolah.
(j) Merekodkan perbelanjaan dan sumbangan yang diterima untuk prasekolah.
Urusan Pengajaran/Pembelajaran Murid-murid Prasekolah
(a) Membantu guru prasekolah merancang aktiviti bimbingan dan asuhan.
(b) Membantu menimbulkan suasana yang selesa, selamat dan menggembirakan bagi meransang bimbingan dan asuhan.
(c) Membantu mewujudkan dan merangsang naluri ingin tahu, minat untuk meneroka dan menjelajah di kalangan murid-murid prasekolah.
(d) Membantu merangsang dan meningkatkan motivasi murid-murid prasekolah supaya bersedia untuk belajar.
(e) Membantu memilih dan menyediakan bahan-bahan serta peralatan yang sesuai dengan keperluan, kesediaan dan perkembangan murid-murid prasekolah.
(f) Membantu mengawas dan menjaga keselamatan, kesihatan dan keselesaan murid-murid sama ada di dalam atau di luar kawasan sekolah semasa murid-murid berkenaan di bawah jagaannya.
(g) Memberi bantuan kepada murid-murid dan mendampingi mereka semasa menjalankan aktiviti-aktiviti harian di sekolah supaya mereka dapat melibatkan diri secara aktif.
(h) Membantu guru prasekolah dalam penyediaan pengajaran dan
pembelajaran prasekolah.
Urusan Penyediaan Makanan/Mengemas/Membersih
(a) Menyedia dan menghidangkan makanan dan minuman yang bersih, berzat dan seimbang bagi murid-murid prasekolah.
(b) Mengemas dan membersihkan perkakas seperti pinggan, piring, cawan, peralatan dapur, mangkuk, cerek, peti ais dan sebagainya.
(c) Menyedia dan mengemaskan bilik darjah dan bilik-bilik atau ruang yang lain sebelum dan selepas kelas termasuk menyapu, mengunci kelas dan menjaga kebersihan bilik darjah dan ruang-ruang lain.
(d) Mengatur kerusi dan meja serta membantu guru menyusun alat dan bahan pengajaran di dalam kelas.
Urusan Menjaga Hal Ehwal Murid
(a) Melayani karenah murid-murid prasekolah dan menolong memastikan murid-murid sentiasa berkeadaan bersih.
(b) Berusaha untuk menjadi contoh teladan yang baik kepada murid-murid dari segi tingkah laku, tutur bahasa dan kekemasan diri.
(c) Menyambut kedatangan murid-murid semasa menghadiri kelas dan juga memastikan murid-murid keluar kelas dalam keadaan selamat.
(d) Membantu murid-murid ke tandas sekiranya perlu dan membantu memerhatikan murid-murid sentiasa dalam keadaan sihat dan bersih.
(e) Membantu guru prasekolah menjaga keselamatan alatan dan kemudahan prasekolah di dalam dan di luar kelas.
(f) Membantu mengawasi murid-murid prasekolah semasa ketiadaan guru prasekolah.
PENGURUSAN HAL EHWAL MURID
Syarat-Syarat Kemasukan
Murid Ke Kelas Prasekolah KPM
i.
Warganegara Malaysia sahaja.(Merujuk daripada
penerimaan kemasukan murid ke sekolah rendah)
ii.
Kanak-kanak yang mencapai umur enam(6) tahun
pada hari pertama bulan Januari dalam tahun persekolahan semasa.
iii.
Keutamaan pemilihan berasaskan kepada merit
pendapatan ibubapa/penjaga di bawah garis kemiskinan dan ‘ranking’ pendapatan
berkapita keluarga dari rendah ke tinggi.
iv.
Jumlah bilangan murid setiap kelas tidak
melebihi daripada 25 orang.
v.
Proses pemilihan murid prasekolah KPM hendaklah
dibuat oleh Jawatankuasa Pemilihan Murid Prasekolah.
PEMILIHAN
MURID
i Pemilihan murid hendaklah dibuat
oleh Jawatankuasa Pemilihan Murid Prasekolah yang terdiri daripada :
* Guru Besar - Naib
Pengerusi
* GPK Pentadbiran - Naib Pengerusi
* Guru Prasekolah - Setiusaha
* Seorang Guru Tahap 1 - Ahli Jawatankuasa
* Seorang Guru Tahap 2 - Ahli Jawatankuasa
* Seorang PPM - Pencatat
* Seorang Wakil Komuniti ( Jika
Perlu )
ii.
Pihak sekolah hendaklah membuat siaran
permohonan murid secara meluas dan menerima seberapa banyak permohonan sehingga
tarikh tutup.
iii.
Semua Permohonan hendaklah diperakui (
Berjaya/Gagal) oleh Jawatankuasa Pemilihan di dalam mesyuarat tersebut.
iv.
Keputusan semua permohonan sama ada Berjaya atau
gagal hendaklah dimaklumkan kepada pemohon.
v.
Pihak sekolah akan mengeluarkan surat
tawaran dan borang penerimaan tawaran kemasukan murid prasekolah kepada
ibubapa/penjaga.
vi.
Sekiranya ada calon yang menolak tawaran
tersebut, pihak jawatankuasa pemilihan berhak memilih calon-calon simpanan
mengikut senarai keutamaan.
Objektif KSPK
Kurikulum
Prasekolah Kebangsaan menyediakan
peluang kepada murid berumur 4-6 untuk mencapai objektif berikut
Jasmani:
Mempunyai tubuh badan yang sihat
Mempunyai kecergasan dan kemahiran fizikal asas
Mempraktikkan amalan kesihatan yang baik
Mempraktikkan langkah-langkah menjaga
keselamatan
Menguasai kemahiran psikomotor
asas – kemahiran motor
Emosi:
Mempunyai konsep kendiri yang positif
Mempunyai keyakinan diri
Mempunyai jati diri
Berani mencuba
Mempunyai kematangan emosi
Menghormati perasaan dan hak orang lain
Boleh bekerja secara bersendirian
dan juga bekerja secara berkumpulan
Intelek:
Berkomunikasi dengan baik (membaca, menulis dan
bertutur) menggunakan bahasa Malaysia
Berkomunikasi dengan menggunakan bahasa
Inggeris
Berkomunikasi dengan baik menggunakan bahasa
Cina (untuk yang berkenaan)
Berkomunikasi dengan baik menggunakan bahasa
Tamil ( untuk yang berkenaan)
Memperolehi kemahiran proses sains asas
Memperolehi kemahiran matematik asas
Memperolehi kemahiran berfikir asas,
kemahiran menaakul
Memperolehi kemahiran asas dalam
menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian murid
Mempunyai daya kreatif dan estetika
Menghargai keindahan alam dan warisan budaya
Rohani:
Mengamalkan nilai murni
Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam
kehidupan seharian untuk murid beragama Islam.
Sosial:
Berkebolehan berkomunikasi yang
mantap.
Membentuk perhubungan yang positif
dengan orang dewasa dan rakan sebaya.
Menyuarakan pandangan dan
perasaan.
Bekerjasama dengan orang lain.
BIDANG TUGAS GURU PRASEKOLAH
Pengurusan Mata Pelajaran
1. Memiliki, memahami dan boleh mentafsirkan serta menghuraikan kandyngan sukatan pelajaran dan huraian mata pelajaran yang berkenaan.
2. Memahami dan mematuhi Pekeliling-pekeluiling dan arahan yang berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar serta menentukan dan menetapkan matlamat yang harus dicapai; iaitu dari segi pengetahuan, kebolehan dan kemahiran yang harus dicapai di akhir tiap penggal.
3. Mempunyai sebuah buku rekod mengajar yang kemaskini dan menyerqahkan kepada Guru Besar pada masa yang ditetapkan.
4. Menyediakan rancangan pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar dengan lengkap untuk tempoh setahun/sepenggal/seminggu/harian dan melaksanakan pengajaran mengikut rancangan pelajaran yang disediakan.
5. Menyedia dan memberikan kerja-kerja latihan yang cukp, memeriksa buku latihan dan meulangkan semula secepat mungkin. Menyerahkan / menunjukkan buku latihan kepada Guru Besar atau wakilnya pada masa yang dikehendaki.
6. Mengesan kelemahan murid dan menjalankan kerja bimbingan.
7. Menjadi ahli panitia mata pelajaran, menghadiri serta mematuhi dan melaksanakan keputusan mesyuarat panitia.
8. Menyedari dan menggunakan buku panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran / Jabatan Pelajaran / Pejabat Pelajaran Daerah.
9. Memastikan keselamatan murid-murid serta mengawasi penggunaan alatan.
10. Menghadiri mesyuarat / taklimat mengenai mata pelajaran sama ada dikelolakan oleh Kementerian Pelajaran / Jabatan Pelajaran Negeri / Pejabat Pelajaran Negeri. Menyampaikan semula maklumat kepada guru lain yang mengajar mata pelajaran yang sama.
11. Sentiasa mengikut perkembangan dan pembaharuan tentang teknik mengajar bagi meninggikan lagi prestasi dalam pengajaran dan pembelajaran.
12. Menjaga keselamatan dan kebersihan alat-alat bantu mengajar yang digunakan, meastikan bahan-bahan tersebut digunakan secara meluas.
13. Magadakan ruang-ruang pembelajaran di kelas.
14. Menjalankan tugas sebagai seorang kaunselor dan seorang guru disiplin.
15. Menjalankan tugas yang diarahkan dari masa ke semasa.
Pengurusan dan Organisasi Kelas
1. Membentuk organisasi kelas.
2. Menentukan perkara-perkara berikut ada di dalam kelas
a) Jadual waktu
b) Perabot kelas dan semua peralatan diinventorikan.
c) Motto kelas
d) Alatan pembersihan.
3. Menentukan peralatan eletrik dalam keadaan baik dan selamat digunakan.
4. Melaporkan perabot dan alatan eletrik yang rosak kepada pihak pentadbiran.
5. Membimibing organisasi kelas yang dilantik menjalankan tugas.
Jadual Kedatangan dan Kedatangan Murid
1. Menanda jadual kedatangan harian selewat-lewatnya sebelum waktu kedua berakhir dan menyimpan buku daftar kedatangan di pejabat.
2. Menentukan semua butir yang dikehendaki ada di dalam buku daftar kedatangan murid ditulis.
3. Memastikan data terkini murid di dalam kelas.
4. Memastikan kelas mempunyai buku kedatangan kedua dan diselenggara seprti yang diarahkan.
a) Buku diambil dan dihantar pada waktu dan di tempat yang ditetapkan.
b) Menjamin keselamatan buku tersebut.
Masalah Pembelajaran, Kesihatan Diri dan Disiplin.
1. Memberi galakan, motivasi dan merangsangkan minat murid terhadap akademik.
2. Menggalakkan pertandingan yang berbentuk akademik danmemberikan hadiah (jika perlu)
3. Sentiasa prihatin terhadap semua masalah murid.
Pendaftaran Murid Baru
1. Menerima kemasukan murid baru.
2. Mendaftarkan murid baru ke dalam buku kemasukan murid dan mendapatkan nombor pendaftaran murid dari buku kemasukan murid daripada Penolong Kanan HEM.
3. Mengambil butir-butir diri murid yang diperlukan.
Guru Bertugas Harian / Mingguan
1. Datang sekurang-kurangnya 15 minit sebelum persekolahan bermula dan pulang sekurang-kurangnya 15 minit setelah sekolah berakhir.
2. Memastikan bilik-bilik darjah telah disapu, sampah sarap telah dibuang serta lampu dan kipas / tingkap telah ditutup setelah tamat persekolahan.
3. Mengawasi disiplin murid di luar waktu belajar seperti waktu rehat dan waktu sebelum loceng pertama dibunyikan, sekitar kawasan sekolah dan mengambil tindakan yang segera dan munasabah jika perlu.
4. Mengawasi kebersihan bilik-bilik darjah, tanda, kantin, bilik-bilik khas dan kawasan sekolah.
5. Memeriksa kebersihan makanan yang dijual di kantin sekolah.
6. Menguruskan rawatan murid yang sakit an menghantar mereka ke hospital / ke rumah.
7. Mengeluarkan surat kebenaran ke hospital dan merekodkan nama mereka yang memohon.
8. Mengawasi murid menepati waktu datang dan pulang ke sekolah, masa rehat dan masa pertukaran guru.
9. Menguruskan hal-hal bersabit dengan kehilangan barang.
10. Menentukan keselamatan murid di sekitar kawasan sekolah serta mengawasi harta benda sekolah.
11. Mencatatkan kegiatan-kegiatan sekolah seperti sukan, persatuan, unit beruniform dan aktiviti lain yang dijalankan.
12. Membuat catatan mengenai perkara-perkara penting yang berlaku sepanjang hari / minggu persekolahan ke dalam Buku Laporan Bertugas, antara perkara yang dicatat ialah:
a) kedatangan murid, guru dan staf sokongan
b) murid ponteng, tidak hadir atau sakit
c) lawatan / pelawat
d) ucapan/ pengumuman dalam perhimpunan
e) laporan hari Isnin ditulis dalam buku khas mengenai perhimpunan
13. Membuat laporan di dalam Buku Laporan Bertugas yang disediakan dan kalau perlu dilaporkan terus kepada Guru Besar supaya tindakan segera dapat diambil.
14. Perhimpunan
14.1 Memastikan semua guru dan murid-murid menghadiri perhimpunan.
14.2 Memastikan bendera-bendera, pembesar suara dan tempat duduk guru
telah disediakan.
14.3 Memastikan murid-murid telah beratur dengan kemas.

OBJEKTIF PENDIDIKAN PRASEKOLAH
Kurikulum Standard
Prasekolah Kebangsaan menyediakan peluang kepada kanak-kanak berumur empat
hingga enam tahun untuk mencapai objektif dalam aspek jasmani, emosi dan
sosial, intelek dan rohani seperti berikut;
1.
|
Membina kecergasan badan
|
2.
|
Membina tubuh badan yang sihat
|
3.
|
Mempraktikkan amalan kesihatan yang baik
|
4.
|
Mempraktikkan langkah-langkah menjaga
keselamatan diri
|
5.
|
Menguasai kemahiran asas motor halus dan asas
motor kasar
|
6.
|
Mempunyai kematangan emosi
|
7.
|
Mempunyai konsep kendiri yang positif dan jati
diri
|
8.
|
Berani menyuarakan pandangan dan perasaan
|
9.
|
Berkebolehan berinteraksi dengan orang lain
|
10.
|
Boleh bekerja secara bersendirian dan juga
secara berkumpulan
|
11.
|
Menghormati perasaan serta hak orang lain dan
seterusnya membentuk perhubungan yang positif dengan orang dewasa serta rakan
sebaya
|
12.
|
Mengamalkan nilai murni
|
13.
|
Mengamalkan nilai-nilai islam dalam kehidupan
seharian untuk murid beragama Islam
|
14.
|
Berkomunikasi menggunakan Bahasa Malaysia,
Bahasa Inggeris dan bahasa pengantar dalam konteks kehidupan harian
|
15.
|
Meneroka persekitaran menggunakan kemahiran
asas
|
16.
|
Menggunakan kemahiran matematik asas dalam
menjalankan tugasan harian dan menyelesaikan masalah.
|
17.
|
Menggunakan kemahiran berfikir kritis, kreatif
dan inovatif dalam pembelajaran dan kehidupan seharian.
|
18.
|
Mengembangkan daya kreatif dan estetika
|
19.
|
Menghargai keindahan alam dan warisan budaya
|
VISI
Menyediakan
perkhidmatan yang berkualiti kearah kecemerlangan hidup sejajar dengan matlamat
pendidikan prasekolah
MISI
Mewujudkan
Sistem Pendidikan yang terbaik untuk menghasilkan insan yang mempunyai daya
saing ketahanan tinggi bagi memenuhi aspirasi kehendak individu, masyarakat dan
negara
Langgan:
Catatan (Atom)