PPM atau pembantu pengurusan murid memainkan peranan yang sangat penting
dalam pengurusan kelas prasekolah. Tanpa PPM, adalah agak mustahil untuk seorang
guru prasekolah menguruskan kelas prasekolah
dengan berkesan. PPM di kelas prasekolah memainkan peranan sebagai pembantu
kepada guru prasekolah dalam menguruskan kelas prasekolah. Tugas seorang PPM
merangkumi tugasan harian, tugasan mingguan dan tugasan bulanan.
Tugas harian PPM
Dalam aspek pengurusan kelas, PPM juga berperanan dalam membantu guru prasekolah dalam penyediaan bahan bantu mengajar (BBM) dan berbincang bersama guru prasekolah dalam menghasilkan BBM dari masa ke semasa. selain itu PPM juga bertanggungjawab dalam soal menjaga kebersihan kelas prasekolah terutamanya bahagian dapur dan tandas serta kawasan persekitaran dan luar kelas prasekolah
Pengurusan dapur, bilik air dan luar kelas
Selepas waktu persekolahan terutamanya di waktu petang, PPM perlu menyediakan peralatan P&P yang telah dibincangkan dengan guru prasekolah di kelas. Selain itu PPM juga perlu menyediakan dan mempersiapkan bahan makanan untuk dimasak pada keesokan harinya. Tugasan terakhir PPM sebelum berakhirnya waktu kerja ialah menyemak rekod dan fail.
Tugasan Mingguan PPM
Tugasan Bulanan PPM
Tugas harian PPM
- Mencatat kehadiran serta mengambil rekod kehadiran murid di pejabat
- Membuka kelas dan memastikan kelas selamat
- Menyediakan persiapan minum pagi
- Menyambut kedatangan murid
- Mengawal dan mengurus murid sebelum kelas bermula
- Membantu mencatat kehadiran murid setiap hari persekolahan
- memasak dan menghidang makanan
- Membantu guru dalam P&P
- Mengawasi murid makan/memberus gigi (waktu rehat)
- Membantu guru mengurus murid ketika pulang
- Membantu mengawasi murid yang pulang lewat
- Menyimpan dan mempamerkan hasil kerja murid
- Membersih dan menyusun perabot dalam kelas
Dalam aspek pengurusan kelas, PPM juga berperanan dalam membantu guru prasekolah dalam penyediaan bahan bantu mengajar (BBM) dan berbincang bersama guru prasekolah dalam menghasilkan BBM dari masa ke semasa. selain itu PPM juga bertanggungjawab dalam soal menjaga kebersihan kelas prasekolah terutamanya bahagian dapur dan tandas serta kawasan persekitaran dan luar kelas prasekolah
Pengurusan dapur, bilik air dan luar kelas
- Membersih peralatan memasak
- Menyusun peralatan dapur
- Buang sampah
- Mop lantai
- Membersih cermin/sinki/sapu tangan murid
- Membersih bilik air
- Menyusun peralatan di dalam bilik air
- Menyapu koridor
- Menyiram pokok
- Membersih kawasan persekitaran taman dan sebagainya
Selepas waktu persekolahan terutamanya di waktu petang, PPM perlu menyediakan peralatan P&P yang telah dibincangkan dengan guru prasekolah di kelas. Selain itu PPM juga perlu menyediakan dan mempersiapkan bahan makanan untuk dimasak pada keesokan harinya. Tugasan terakhir PPM sebelum berakhirnya waktu kerja ialah menyemak rekod dan fail.
Tugasan Mingguan PPM
- Menyapu sawang
- Mencuci kipas angin
- Mencuci tingkap
- Mengemaskini stok bahan basah dan kering
- Mengemas taman permainan luar
- Mencuci peti sejuk
- Mencuci tempat ambil wuduk
- Membantu menguruskan proses pembekalan dan pembelian
Tugasan Bulanan PPM
- Mengemaskini stok inventori
- Mencuci akuarium/longkang
- Membantu menyediakan penyata perbelanjaan bulanan