Prasekolah Seri Duyong terletak di Sekolah Kebangsaan Seri Duyong, Permatang Duyong, Melaka. Memulakan persekolahan pada 3 Januari 2008 bersamaan 24 Zulhijjah 1428 Hijrah. Prasekolah ini menerima pelajar sulongnya iaitu seramai 75 orang kanak-kanak berumur enam tahun Prasekolah ini terdiri daripada tiga buah kelas dan dikendalikan oleh tiga orang guru terlatih dan tiga orang Pembantu Pengurusan Murid.

Sabtu, 22 Disember 2012

Hari Pendaftaran Prasekolah SK Seri Duyong

27hb Disember 2012 (Khamis) hari Pendaftaran dan Penubuhan Ahli Jawatankuasa Permuafakatan Prasekolah Sekolah Kebangsaan Seri Duyong Melaka bagi Tahun 2013.

Selasa, 30 Oktober 2012

Peranan PPM

PPM atau pembantu pengurusan murid memainkan peranan yang sangat penting dalam pengurusan kelas prasekolah. Tanpa PPM, adalah agak mustahil untuk seorang guru prasekolah menguruskan kelas prasekolah dengan berkesan. PPM di kelas prasekolah memainkan peranan sebagai pembantu kepada guru prasekolah dalam menguruskan kelas prasekolah. Tugas seorang PPM merangkumi tugasan harian, tugasan mingguan dan tugasan bulanan.

Tugas harian PPM
  • Mencatat kehadiran serta mengambil rekod kehadiran murid di pejabat
  • Membuka kelas dan memastikan kelas selamat
  • Menyediakan persiapan minum pagi
  • Menyambut kedatangan murid
  • Mengawal dan mengurus murid sebelum kelas bermula
  • Membantu mencatat kehadiran murid setiap hari persekolahan
  • memasak dan menghidang makanan
  • Membantu guru dalam P&P
  • Mengawasi murid makan/memberus gigi (waktu rehat)
  • Membantu guru mengurus murid ketika pulang
  • Membantu mengawasi murid yang pulang lewat
  • Menyimpan dan mempamerkan hasil kerja murid
  • Membersih dan menyusun perabot dalam kelas

Dalam aspek pengurusan kelas, PPM juga berperanan dalam membantu guru prasekolah dalam penyediaan bahan bantu mengajar (BBM) dan berbincang bersama guru prasekolah dalam menghasilkan BBM dari masa ke semasa. selain itu PPM juga bertanggungjawab dalam soal menjaga kebersihan kelas prasekolah terutamanya bahagian dapur dan tandas serta kawasan persekitaran dan luar kelas prasekolah

Pengurusan dapur, bilik air dan luar kelas

  • Membersih peralatan memasak
  • Menyusun peralatan dapur
  • Buang sampah
  • Mop lantai
  • Membersih cermin/sinki/sapu tangan murid
  • Membersih bilik air
  • Menyusun peralatan di dalam bilik air
  • Menyapu koridor
  • Menyiram pokok
  • Membersih kawasan persekitaran taman dan sebagainya

Selepas waktu persekolahan terutamanya di waktu petang, PPM perlu menyediakan peralatan P&P yang telah dibincangkan dengan guru prasekolah di kelas. Selain itu PPM juga perlu menyediakan dan mempersiapkan bahan makanan untuk dimasak pada keesokan harinya. Tugasan terakhir PPM sebelum berakhirnya waktu kerja ialah menyemak rekod dan fail.

Tugasan Mingguan PPM

  • Menyapu sawang
  • Mencuci kipas angin
  • Mencuci tingkap
  • Mengemaskini stok bahan basah dan kering
  • Mengemas taman permainan luar
  • Mencuci peti sejuk
  • Mencuci tempat ambil wuduk
  • Membantu menguruskan proses pembekalan dan pembelian

Tugasan Bulanan PPM

  • Mengemaskini stok inventori
  • Mencuci akuarium/longkang
  • Membantu menyediakan penyata perbelanjaan bulanan

cerita terbaru yang saya copy dari blog lain....

Suasana hangat dekat sekolah. Macam tu lah. Bergaduh-gaduh aku tengok antara cikgu-cikgu dengan pembantu pengurusan murid (PPM) dekat sekolah ni. Hello, bukan sekolah aku je. Semua sekolah yang aku pernah pergi, mesti keadaannye macam tu kenapa ?

Persoalannya, kenapa PPM memang tak sebulu dengan cikgu ? Kenapa cikgu selalu pulaukan PPM ? Kenapa antara cikgu dan PPM sorang pun susah sangat nak manis muka bila duduk dalam kelompok yang sama ? Ya, dimanakah silapnya... :
  • PPM kena buat kerja basuh berak budak, ade PPM yang tak suka buat kerja tu, so dia banyak mengelat je. Cikgu benci perkara tu sebab kalau PPM tak basuh berak budak, cikgu yang kene basuh.
  • PPM kerja office hour dari pagi sampai petang, cikgu kerja sampai tengahari je. Lepas cikgu habis kerja, cikgu banyak tambah kerja kat PPM sebab PPM. PPM tak suke cikgu suka suka hati mengarah diorang.
  • PPM orang bijak pandai. Ade degree, ade diploma, bila cikgu yang takde degree cakap atau bagi arahan dekat dia, dia rasa tercabar. PPM taknak ikut dan buat arahan yang cikgu bagi dekat dia.
  • PPM kerja macam cleaner. Bila cikgu arah dia buat macam-macam dekat sekolah, dia rasa diri dia hina dan tak layak buat kerja macam cleaner tuh. So PPM tak nak buat, jadi cikgu cikgu extra bengang.
  • PPM lepak tak jaga budak. Ade masa-masa tertentu cikgu cikgu jadi terlampau sibuk handle aktiviti sekolah, PPM duduk lepak borak-borak sesama geng dia. Cikgu pun naik hangen.
So camne geng ? Kalau aku ni sebagai cikgu yang baru masuk sekolah, bila aku baik dengan PPM...cikgu veteran jeling-jeling. Kalau aku baik dengan cikgu...PPM plak taknak bercakap dengan aku. Kan berat sebelah namanye tu...

P/s : Hahaha aku bersifat atas pagar sebab aku rasa cikgu dengan PPM memang saling memerlukan. Kalau masing-masing buat hal susah nak jalan kerja dekat sekolah tuuu... ;)


Prasekolah SK Seri Duyong Melaka

Barisan Guru-guru prasekolah dan Pembantu Pengurusan Murid

Penarafan Bintang Prasekolah



Kenangan bersama...


Sambutan Hari Lahir Berkumpulan Kali ke-2


Isnin, 29 Oktober 2012

Singgah sebentar......

Salam & Salam Sejahtera semua , sudah terlalu lama blog Prasekolah SK Seri Duyong Melaka tidak saya kemaskini. Apa khabar semua?semoga semuanya ceria selalu disamping menjalankan tugas hakiki.
Baru-baru ini saya telah menyertai Lawatan Penandaarasan Majlis Guru dan Pembantu Pengurusan Murid Prasekolah Melaka ke Jerantut Pahang. Pengalaman yang sangat menyeronokkan. Melihat hasil kreativiti masing-masing menjadikan kelas prasekolah sangat cantik dan berseri. Sebenarnya banyak idea yang akan kita perolehi sekiranya kita berkongsi idea yang dianugerahkan...
 

Khamis, 28 Jun 2012

Pendaftaran Prasekolah Bagi Tahun 2013

Permohonan Kemasukan Ke Kelas Prasekolah Sek Keb Seri Duyong Melaka telah dibuka....mulai 2hb Julai 2012..Anda boleh mendapatkan borang permohonan di kelas Prasekolah SK Seri Duyong Melaka.

Sekian Harap Maklum. 

Selasa, 26 Jun 2012

KPSL.....


Puan,

Untuk makluman puan, hanya 7 skim layak menduduki PEPERIKSAAN KHAS UTK MEMASUKI SKIM PERKHIDMATAN PENOLONG PEG. TADBIR GRED N27 (KPSL) iaitu :

1. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)
2. Pembantu Tadbir (Kewangan)
3. Pembantu Setiausaha Pejabat
4. Pegawai Khidmat Pelanggan
5. Penyelia Jurupakaian
6. Pengurus Stesen
7. Pemeriksa Cap Jari

Calon boleh menyemak skim dan syarat skim perkhidmatan masing-masing yang berkuatkuasa. Tidak semua skim mempunyai perbekalan kenaikan pangkat secara KPSL.

Yang bertugas,

Customer Care Corner
Cawangan Pengurusan Kompetensi
Jabatan Perkhidmatan Awam

03-8946 4547
03-8946 4548
03-8946 4574

"JPA PENERAJU PERUBAHAN PERKHIDMATAN AWAM"