Prasekolah Seri Duyong terletak di Sekolah Kebangsaan Seri Duyong, Permatang Duyong, Melaka. Memulakan persekolahan pada 3 Januari 2008 bersamaan 24 Zulhijjah 1428 Hijrah. Prasekolah ini menerima pelajar sulongnya iaitu seramai 75 orang kanak-kanak berumur enam tahun Prasekolah ini terdiri daripada tiga buah kelas dan dikendalikan oleh tiga orang guru terlatih dan tiga orang Pembantu Pengurusan Murid.

Jumaat, 25 November 2011

Objektif KSPK


Kurikulum Prasekolah  Kebangsaan menyediakan peluang kepada murid berumur 4-6 untuk mencapai objektif berikut



Jasmani:

—  Mempunyai tubuh badan yang sihat

—  Mempunyai kecergasan dan kemahiran fizikal asas

—  Mempraktikkan amalan kesihatan yang baik

—  Mempraktikkan langkah-langkah menjaga keselamatan

Menguasai kemahiran psikomotor asas – kemahiran motor



Emosi:

—  Mempunyai konsep kendiri yang positif

—  Mempunyai keyakinan diri

—  Mempunyai jati diri

—  Berani mencuba

—  Mempunyai kematangan emosi

—  Menghormati perasaan dan hak orang lain

Boleh bekerja secara bersendirian dan juga bekerja secara berkumpulan



Intelek:

—  Berkomunikasi dengan baik (membaca, menulis dan bertutur)  menggunakan bahasa Malaysia

—  Berkomunikasi dengan menggunakan bahasa Inggeris

—  Berkomunikasi dengan baik menggunakan bahasa Cina (untuk yang berkenaan)

—  Berkomunikasi dengan baik menggunakan bahasa Tamil ( untuk yang berkenaan)

—  Memperolehi kemahiran proses sains asas

—  Memperolehi kemahiran matematik asas

—  Memperolehi kemahiran berfikir asas, kemahiran menaakul

—  Memperolehi kemahiran asas dalam menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian murid

—  Mempunyai daya kreatif dan estetika

—  Menghargai keindahan alam dan warisan budaya



Rohani:

—  Mengamalkan nilai murni

—  Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk murid beragama Islam.



Sosial:

—  Berkebolehan berkomunikasi yang mantap.

—  Membentuk perhubungan yang positif dengan orang dewasa dan rakan sebaya.

—  Menyuarakan pandangan dan perasaan.

—  Bekerjasama dengan orang lain.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan