Pengurusan Mata Pelajaran
1. Memiliki, memahami dan boleh mentafsirkan serta
menghuraikan kandyngan sukatan pelajaran dan huraian mata pelajaran yang
berkenaan.
2. Memahami dan mematuhi Pekeliling-pekeluiling
dan arahan yang berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar serta menentukan
dan menetapkan matlamat yang harus dicapai; iaitu dari segi pengetahuan,
kebolehan dan kemahiran yang harus dicapai di akhir tiap penggal.
3. Mempunyai sebuah buku rekod mengajar yang
kemaskini dan menyerqahkan kepada Guru Besar pada masa yang ditetapkan.
4. Menyediakan rancangan pelajaran bagi mata
pelajaran yang diajar dengan lengkap untuk tempoh
setahun/sepenggal/seminggu/harian dan melaksanakan pengajaran mengikut
rancangan pelajaran yang disediakan.
5. Menyedia dan memberikan kerja-kerja latihan
yang cukp, memeriksa buku latihan dan meulangkan semula secepat mungkin.
Menyerahkan / menunjukkan buku latihan kepada Guru Besar atau wakilnya pada
masa yang dikehendaki.
6. Mengesan kelemahan murid dan menjalankan kerja
bimbingan.
7. Menjadi ahli panitia mata pelajaran, menghadiri
serta mematuhi dan melaksanakan keputusan mesyuarat panitia.
8. Menyedari dan menggunakan buku panduan yang
dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran / Jabatan Pelajaran / Pejabat Pelajaran
Daerah.
9. Memastikan keselamatan murid-murid serta
mengawasi penggunaan alatan.
10. Menghadiri mesyuarat / taklimat mengenai mata
pelajaran sama ada dikelolakan oleh Kementerian Pelajaran / Jabatan Pelajaran
Negeri / Pejabat Pelajaran Negeri. Menyampaikan semula maklumat kepada guru
lain yang mengajar mata pelajaran yang sama.
11. Sentiasa mengikut perkembangan dan pembaharuan
tentang teknik mengajar bagi meninggikan lagi prestasi dalam pengajaran dan
pembelajaran.
12. Menjaga keselamatan dan kebersihan alat-alat
bantu mengajar yang digunakan, meastikan bahan-bahan tersebut digunakan secara
meluas.
13. Magadakan ruang-ruang pembelajaran di kelas.
14. Menjalankan tugas sebagai seorang kaunselor
dan seorang guru disiplin.
15. Menjalankan tugas yang diarahkan dari masa ke
semasa.
Pengurusan dan Organisasi Kelas
1. Membentuk organisasi kelas.
2. Menentukan perkara-perkara berikut ada di dalam
kelas
a) Jadual waktu
b) Perabot kelas dan semua peralatan
diinventorikan.
c) Motto kelas
d) Alatan pembersihan.
3. Menentukan peralatan eletrik dalam keadaan baik
dan selamat digunakan.
4. Melaporkan perabot dan alatan eletrik yang
rosak kepada pihak pentadbiran.
5. Membimibing organisasi kelas yang dilantik
menjalankan tugas.
Jadual Kedatangan dan Kedatangan Murid
1. Menanda jadual kedatangan harian
selewat-lewatnya sebelum waktu kedua berakhir dan menyimpan buku daftar
kedatangan di pejabat.
2. Menentukan semua butir yang dikehendaki ada di
dalam buku daftar kedatangan murid ditulis.
3. Memastikan data terkini murid di dalam kelas.
4. Memastikan kelas mempunyai buku kedatangan
kedua dan diselenggara seprti yang diarahkan.
a) Buku diambil dan dihantar pada waktu dan di
tempat yang ditetapkan.
b) Menjamin keselamatan buku tersebut.
Masalah Pembelajaran, Kesihatan Diri dan Disiplin.
1. Memberi galakan, motivasi dan merangsangkan
minat murid terhadap akademik.
2. Menggalakkan pertandingan yang berbentuk
akademik danmemberikan hadiah (jika perlu)
3. Sentiasa prihatin terhadap semua masalah murid.
Pendaftaran Murid Baru
1. Menerima kemasukan murid baru.
2. Mendaftarkan murid baru ke dalam buku kemasukan
murid dan mendapatkan nombor pendaftaran murid dari buku kemasukan murid
daripada Penolong Kanan HEM.
3. Mengambil butir-butir diri murid yang
diperlukan.
Guru Bertugas Harian / Mingguan
1. Datang sekurang-kurangnya 15 minit sebelum
persekolahan bermula dan pulang sekurang-kurangnya 15 minit setelah sekolah
berakhir.
2. Memastikan bilik-bilik darjah telah disapu,
sampah sarap telah dibuang serta lampu dan kipas / tingkap telah ditutup
setelah tamat persekolahan.
3. Mengawasi disiplin murid di luar waktu belajar
seperti waktu rehat dan waktu sebelum loceng pertama dibunyikan, sekitar
kawasan sekolah dan mengambil tindakan yang segera dan munasabah jika perlu.
4. Mengawasi kebersihan bilik-bilik darjah, tanda,
kantin, bilik-bilik khas dan kawasan sekolah.
5. Memeriksa kebersihan makanan yang dijual di
kantin sekolah.
6. Menguruskan rawatan murid yang sakit an
menghantar mereka ke hospital / ke rumah.
7. Mengeluarkan surat kebenaran ke hospital dan
merekodkan nama mereka yang memohon.
8. Mengawasi murid menepati waktu datang dan
pulang ke sekolah, masa rehat dan masa pertukaran guru.
9. Menguruskan hal-hal bersabit dengan kehilangan
barang.
10. Menentukan keselamatan murid di sekitar
kawasan sekolah serta mengawasi harta benda sekolah.
11. Mencatatkan kegiatan-kegiatan sekolah seperti
sukan, persatuan, unit beruniform dan aktiviti lain yang dijalankan.
12. Membuat catatan mengenai perkara-perkara
penting yang berlaku sepanjang hari / minggu persekolahan ke dalam Buku Laporan
Bertugas, antara perkara yang dicatat ialah:
a) kedatangan murid, guru dan staf sokongan
b) murid ponteng, tidak hadir atau sakit
c) lawatan / pelawat
d) ucapan/ pengumuman dalam perhimpunan
e) laporan hari Isnin ditulis dalam buku khas
mengenai perhimpunan
13. Membuat laporan di dalam Buku Laporan Bertugas
yang disediakan dan kalau perlu dilaporkan terus kepada Guru Besar supaya
tindakan segera dapat diambil.
14. Perhimpunan
14.1 Memastikan semua guru dan murid-murid
menghadiri perhimpunan.
14.2 Memastikan bendera-bendera, pembesar suara
dan tempat duduk guru
telah disediakan.
14.3 Memastikan murid-murid telah beratur dengan
kemas.