Prasekolah Seri Duyong terletak di Sekolah Kebangsaan Seri Duyong, Permatang Duyong, Melaka. Memulakan persekolahan pada 3 Januari 2008 bersamaan 24 Zulhijjah 1428 Hijrah. Prasekolah ini menerima pelajar sulongnya iaitu seramai 75 orang kanak-kanak berumur enam tahun Prasekolah ini terdiri daripada tiga buah kelas dan dikendalikan oleh tiga orang guru terlatih dan tiga orang Pembantu Pengurusan Murid.

Isnin, 21 Mei 2012

Gurindam Nasihat


Marilah bersama kita renungkan kata-kata ini.
Semoga segala perlakuan kita semua akan sentiasa diberkati dan dirahmati oleh
Allah SWT pada setiap masa dan ketika.
* Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT.
* Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.
* Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.
* Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat.
* Apabila masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat.
* Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat.
* Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat.
* Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat.
* Apabila pembangunan pun meningkat, kemajuan menjadi pesat.
…….
TETAPI AWAS, apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat,
kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.
* Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat.
* Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat,
* KETIKA ITU manusia mula mengubah tabiat.
* Apabila manusia telah mengubah tabiat,
* ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.
* Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat.
* Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi jahat.
* Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat.
* Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati lambat.
* Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jer la
* minyak gamat.
* Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat.
* Semua nak tunjuk kuat.
* Bila berjudi, percaya unsur kurafat.
* Tapi hidup pula yang melarat.
* Tali kasut dah tak berikat.
* Rambut pun jarang sikat.
* Yang perempuan, pakai mini sekerat.
* Suka pakai baju ketat.
* Suka sangat menunjukkan pusat.
* Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.
* Pakai pulak yang singkat-singkat.
* Kadang-kadang ternampak benda ‘bulat’.
* Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat.
* Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat.
* Duduk jauh berkirim surat.
* Bila berjumpa, tangan berjabat.
* Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.
* Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.
* Usah peduli agama dan adat.
* Usah takut Allah dan malaikat.
* Yang penting apa kita nak buat?
* Kita ‘bukti’ lah kita buat.
* Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.
* Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlah pula anak-anak yang tak cukup sifat.
* Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang di merata tempat.
* MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.
* Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat.
* Habis manusia telah tersesat.
* Inilah dia fenomena masyarakat.
* Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,
* Marilah kita pakat mengingat,
* Bahawa dunia hari ini makin singkat,
* Esok atau lusa mungkin kiamat,
* Sampai masa kita semua akan berangkat! .
* Berangkat menuju ke negeri akhirat.
* Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.
* Masa tu, sindri mau ingat.
* Umur mu banyak mana mu buat ibadat…?
* Zaman muda mu, apa yang telah mu buat…?
* Harta benda anta, dari mana anta dapat…?
* Ilmu anta, adakah anta manafaat…?
Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera meninggalkan maksiat
dan memperbanyakkan ibadat.

Tentang Kebaikan....


Ambillah kebaikan dari orang yang mempunyai kebaikan dan tinggalkanlah keburukan yang ada pada orang yang mempunyai keburukan.
Latihlah diri kita untuk membalas dengan kebaikan kepada orang-orang yang telah berbuat keburukan kepada kita.
Belajarlah menahan diri dari selalu ingin melihat jasa dan kebaikan sendiri. Orang yang ikhlas itu bijak menyembunyikan kebaikannya sebagaimana dia menyembunyikan keburukannya.
Tidak ada sesuatu yang lebih baik daripada akal yang diperindah dengan ilmu, ilmu dengan kebenaran, kebenaran dengan kebaikan, dan kebaikan dengan taqwa.
Orang yang beriman itu mempunyai upaya untuk mengajak kepada kebaikan, mengajak kepada perkara-perkara yang akan mendekatkan kepada Allah dan melarang dari perbuatan yang tidak disukai Allah.

Janganlah Mencaci Sesama Kita....


Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa satu ketika seorang lelaki sedang mencaci Abu Bakar r.a sedangkan Nabi s.a.w sedang duduk di hadapannya. Orang itu terus mencacinya sedangkan Abu Bakar r.a dan Nabi s.a.w terus bersabar mendengarnya. Lantas Nabi s.a.w tersenyum. Apabila orang itu mencacinya dengan keterlaluan, lantas Abu Bakar r.a menjawab akan caciannya. Mendengarkan akan jawaban itu, Nabi s.a.w begitu marah, bangun, lalu meninggalkannya.
Abu Bakar r.a menyusul Nabi s.a.w dibelakangnya dan berkata: Ya Rasulullah s.a.w, apabila orang itu terus mencaciku engkau masih tetap duduk dan apabila aku menjawabnya, tuan nampaknya marah dan bangun?
Nabi s.a.w menjawab: Semasa kamu diam dan bersabar mendengarnya, seorang malaikat bersama denganmu yang mana sedang menjawab caci maki orang itu bagi pihakmu, tetapi apabila kamu menjawabnya semula, malaikat itu meninggalkanmu, dan syaitan telah datang di antara kamu, dan aku tidak mahu duduk bersama dengan syaitan; oleh kerana itu aku meninggalkan kamu.
(Hadith Riwayat Ahmad)
==========================================================================
Siapa lah kita yang mahu mencaci ciptaan Allah? Sebanyak mana keburukan dan kesalahan mereka yang kita ketahui, Allah lebih mengetahui. Walaupun sebanyak buih di laut, keampunan dan kasih sayang Allah jauh lebih luas daripada itu.
Semoga Allah mengampuni segala dosa-dosa kita yang telah lalu dan marilah kita bertaubat dan bertekad tidak akan mencaci sesama kita lagi.

Nasihat Sepanjang Zaman


Barangsiapa merasa cukup dengan apa yang telah diberikan Allah, maka dia kaya.
Barangsiapa suka memandang harta orang lain, dia akan mati miskin.
Barangsiapa tidak redha (tidak rela) dengan apa yang telah diberikan Allah kepadanya, maka dia telah menentang keputusanNya (qadha’Nya)
Barangsiapa memandang remeh kesalahannya, maka dia akan memandang besar kesalahan orang lain.
Barangsiapa memandang besar kesalahannya, maka dia akan memandang remeh kesalahan orang lain.
Barangsiapa membuka aib orang lain, maka aib keturunannya akan tersingkap.
Barangsiapa menggali lubang untuk mencelakakan saudaranya, maka dia sendiri akan terjerumus ke dalamnya.
Barangsiapa bergaul dengan ulama, maka dia akan dimuliakan.
Barangsiapa memasuki tempat-tempat biasa dikunjungi orang-orang bodoh, maka dia akan direndahkan.
Dan barangsiapa memasuki tempat-tempat kemaksiatan, maka dia akan dituduh berbuat maksiat.