Prasekolah Seri Duyong terletak di Sekolah Kebangsaan Seri Duyong, Permatang Duyong, Melaka. Memulakan persekolahan pada 3 Januari 2008 bersamaan 24 Zulhijjah 1428 Hijrah. Prasekolah ini menerima pelajar sulongnya iaitu seramai 75 orang kanak-kanak berumur enam tahun Prasekolah ini terdiri daripada tiga buah kelas dan dikendalikan oleh tiga orang guru terlatih dan tiga orang Pembantu Pengurusan Murid.

Ahad, 23 Jun 2013

MAKLUMAT TERKINI

MAKLUMAT TERKINI : Pn Tan Meng Chu Pegawai PPD Melaka Tengah memaklumkan arahan Pn Hjh Rosinah Ketua Unit Prasekolah JPM..24 Jun 2013 Isnin...seluruh prasekolah negeri Melaka "MURID" diwajibkan cuti...tidak dibenarkan hadir ke sekolah pada hari Isnin sahaja yang disebabkan masalah jerebu,maklumat terkini akan diberitahu dari masa ke semasa...untuk mengetahui maklumat ini selanjutnya guru-guru prasekolah Negeri Melaka boleh lihat di Portal PDD Jasin atau Alor Gajah....harap maklum...terima kasih.

Sabtu, 8 Jun 2013

Parents are kids' No 1 teachers

Parents are kids' No 1 teachers

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Keratan akhbar daripada New Strait Times yang bertarikh 28 Januari 2011, Jumaat bertajuk, "Parents are kids' No 1 teachers" tulisan B.S dari Seremban, Negeri Sembilan. Seharusnya kita sebagai ibu bapa perlu sedar tentang keperluan yang dinyatakan dalam tulisan tersebut. Jangan anggap perkara ini tidak penting kerana banyak dapatan kajian menunjukkan kegagalan & ketidakprihatinan ibu bapa dalam menjadi pendidik pertama anak-anak menunjukkan statistik bahawa kecenderungan anak-anak terlibat dalam kecelaruan personaliti sangat tinggi. Pendidikan awal kanak-kanak sememang & sepatutnya bermula dari rumah. Ibu bapalah yang mencorakkan mereka. Jangan jadikan alasan sibuk bekerja atau penat sebagai batu penghalang kepada tanggungjawab tersebut. Biasanya bibit kemusnahan & kemalapan masa hadapan anak-anak adalah berpunca daripada sikap ibu bapa sendiri.

Usah mengharap padi seberang,
Entahkan jadi entahkan tidak,
Usah terlalu berharap bantuan orang,
Mendidik anak entahkan jadi entahkan tidak.

Justeru itu, fikir-fikirkanlah sendiri kerana masa hadapan anak-anak, andalah sebagai ibu bapa yang mencorakkannya.

Sabtu, 23 Februari 2013

Wajah baru untuk blog saya...hehehe..
tinggalkan komen anda ye...^_^

Salam

Semua, semua, dan semua.

Baik buat rakan Bloggers, rakan Facebook, rakan Twitter,abang, adIk-adIk, bonda, ayahanda, guru-guru, mahupun musuh-musuh terkini, tidak dilupa juga buat mereka yang saya tersimpan dendam selama INI.

Terima kasih kerana berbuat baik kepada saya. Terima kasih kerana berbuat baik kepada saya. Terima kasih kerana berbuat baik kepada saya.

Dan mohon maaf dari sedalam dan seikhlas hati, buat mereka yang saya tersimpan dendam selama setahun  ini.

Dan segala kesalahan kalian terhadap saya selama ini saya maafkan. Dan lupakan. Tanpa bersisa berbaki. Saya maafkan. Saya maafkan. Biidznillahi ta'aalaa.

Sekali lagi. Buat semua, terima kasih kerana berbuat baik kepada saya. Terima kasih kerana berbuat baik kepada saya. Terima kasih kerana berbuat baik kepada saya.

Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.

Mungkin ada yang tertanya-tanya, "apa telah berlaku kepada SAYA?".

- Nothing really happened.

Sekadar; tiba-tiba hati ini terasa terpenuhi oleh rasa tenang dan damai, sejuk serta bahagia. Bagai segala kotoran degil yang melekat di dalam hati selama ini tiba-tiba tertanggal oleh satu basuhan sakti di tangan Sang Pemilik Hati. Segala dendam dan kesumat, lesap tanpa meninggalkan barang satu bekas. Sehinnga tertimbul pula satu tanda tanya ganjil di benak fikiran, "apa guna aku berdendam?".

Maka sekali lagi, segala puji bagi Allah, Tuhan yang Maha Berkuasa manghidupkan semula hati-hati yang telah mati.

Sekian entry pendek yang tidak berapa pendek. Wassalaamu'alaikum wa rahmatullah. :)

Ahad, 3 Februari 2013

Jom mewarna...


PRASEKOLAH


PRASEKOLAH


1.0 LATAR BELAKANG

Kementerian Pelajaran Malaysia mula melaksanakan program pendidikan prasekolah annex pada tahun 1992, sebagai projek rintis berdasarkan keputusan Jemaah Menteri pada 18 Disember 1991 yang telah bersetuju mewujudkan sebanyak 1,131 buah kelas prasekolah. Sementara itu Mesyuarat Jemaah Menteri pada 6 Jun 2001 telah bersetuju supaya KPM meneruskan program peluasan prasekolah mulai tahun 2002. Sejak daripada itu peluasan prasekolah telah dijalankan dari semasa ke semasa mengikut dasar sedia ada, NKRA Pendidikan dan juga cadangan peluasan dalam RM Ke10.

2.0 DASAR PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Akta Pendidikan 1996 memperuntukkan bahawa Sistem Pendidikan Kebangsaan merangkumi Pendidikan Prasekolah, Pendidikan Rendah, Pendidikan Menengah, Pendidikan Lepas Menengah dan Pendidikan Tinggi. Menjadi tanggungjawab KPM untuk memberi perhatian yang serius kepada pembangunan pendidikan prasekolah di negara ini. Akta Pendidikan 1996 memperuntukkan aspek-aspek penting mengenai prasekolah, iaitu penubuhan tadika, kuasa Menteri menubuh dan menyelenggara tadika, kurikulum prasekolah, bahasa pengantar, pengajaran Agama Islam dan sebagainya.
Dari segi pendemokrasian pendidikan, dasar yang khusus membolehkan kanak-kanak menikmati peluang pendidikan prasekolah tanpa mengira pendapatan keluarga, kawasan tempat tinggal dan kumpulan etnik termasuk kanak-kanak dengan keperluan pendidikan khas (Children With Special Education Needs).
Di antara prinsip-prinsip asas dasar ialah menyediakan kemudahan pendidikan prasekolah kepada kanak-kanak yang berumur antara 4 dan 6 tahun. Memastikan penggunaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. Guru-guru prasekolah hendaklah mempunyai latihan dalam bidang pendidikan prasekolah. Memastikan kemudahan fizikal dan peralatan bersesuaian dan berkualiti dibekalkan. Satu mekanisma naziran dan penyeliaan dijalankan. Kerajaan juga memastikan semua institusi pendidikan prasekolah mematuhi Peraturan-Peraturan Pendidikan Prasekolah 1996 seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 24, Akta Pendidikan 1996.

3.0 KONSEP PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Pendidikan Prasekolah adalah satu program yang menyediakan pengalaman pembelajaran kanak-kanak yang berumur 4+ hingga 6 tahun dalam jangka masa satu tahun atau lebih sebelum memasuki ke Tahun Satu.

4.0 MATLAMAT PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Pendidikan prasekolah bertujuan untuk menyuburkan potensi murid dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah.

5.0 OBJEKTIF PENDIDIKAN PRASEKOLAH

  • Mempunyai sifat peribadi, perwatakan dan konsep diri yang positif untuk menjadi warganegara yang patriotik,
  • Menggunakan Bahasa Melayu dengan betul dan memperkembangkan kemahiran berbahasa dan berkomunikasi,
  • Menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua,
  • Mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian berasaskan ajaran agama,
  • Mempunyai kemahiran kognitif untuk berfikir dan menyelesaikan masalah,
  • Mempunyai kematangan emosi dan kemahiran sosial,
  • Mempunyai daya kreativiti dan estetika untuk menghargai keindahan alam dan warisan budaya.
  • Menggunakan Bahasa Cina dan Bahasa Tamil dengan betul untuk berkomunikasi di sekolah yang menggunakan bahasa pengantar Bahasa Cina dan Bahasa Tamil
  • Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk murid beragama Islam.

6.0 PEMILIHAN MURID

  • Syarat-syarat kemasukan murid ke kelas parsekolah adalah seperti Surat Siaran Kementerian Pelajaran Malaysia Bil. 2 Tahun 2012 - Hanya untuk Warganegara Malaysia sahaja dan dipilih menerusi JK Pemilihan.
  • Jawatankuasa Pemilihan murid dianggotai oleh Guru Besar, Penolong Kanan, Guru Prasekolah, Guru Tahap 1 dan 2, PPM dan seorang wakil komuniti.

7.0 JENIS-JENIS BANTUAN

  • Bantuan makan murid (RM1.80 sehari bagi Semenanjung / RM2.05 bagi Sabah, Sarawak dan Labuan. Surat Pekeliling Kewangan Bilangan 8 Tahun 2012, Garis Panduan Pengurusan Kewangan Peruntukan Bantuan Persekolahan Kepada Sekolah Berdasarkan Per Kapita Murid)
  • Peruntukan PCG Murid (RM100.00/ murid setahun)
  • Bantuan Kokurikulum (RM25.00/ murid setahun)
  • Bayaran Takaful (RM1.50/ murid setahun)

8.0 TAHUN-TAHUN PELUASAN

TahunBilangan Kelas DibukaJumlah
199211311131
20021001231
200315002731
20045003231
20057003931
20066524583
200713245907
20089396846
20093507196
20103157511
20117058216
20124488664
Data pada 31 Januari 2012


Sabtu, 22 Disember 2012

Hari Pendaftaran Prasekolah SK Seri Duyong

27hb Disember 2012 (Khamis) hari Pendaftaran dan Penubuhan Ahli Jawatankuasa Permuafakatan Prasekolah Sekolah Kebangsaan Seri Duyong Melaka bagi Tahun 2013.

Selasa, 30 Oktober 2012

Peranan PPM

PPM atau pembantu pengurusan murid memainkan peranan yang sangat penting dalam pengurusan kelas prasekolah. Tanpa PPM, adalah agak mustahil untuk seorang guru prasekolah menguruskan kelas prasekolah dengan berkesan. PPM di kelas prasekolah memainkan peranan sebagai pembantu kepada guru prasekolah dalam menguruskan kelas prasekolah. Tugas seorang PPM merangkumi tugasan harian, tugasan mingguan dan tugasan bulanan.

Tugas harian PPM
  • Mencatat kehadiran serta mengambil rekod kehadiran murid di pejabat
  • Membuka kelas dan memastikan kelas selamat
  • Menyediakan persiapan minum pagi
  • Menyambut kedatangan murid
  • Mengawal dan mengurus murid sebelum kelas bermula
  • Membantu mencatat kehadiran murid setiap hari persekolahan
  • memasak dan menghidang makanan
  • Membantu guru dalam P&P
  • Mengawasi murid makan/memberus gigi (waktu rehat)
  • Membantu guru mengurus murid ketika pulang
  • Membantu mengawasi murid yang pulang lewat
  • Menyimpan dan mempamerkan hasil kerja murid
  • Membersih dan menyusun perabot dalam kelas

Dalam aspek pengurusan kelas, PPM juga berperanan dalam membantu guru prasekolah dalam penyediaan bahan bantu mengajar (BBM) dan berbincang bersama guru prasekolah dalam menghasilkan BBM dari masa ke semasa. selain itu PPM juga bertanggungjawab dalam soal menjaga kebersihan kelas prasekolah terutamanya bahagian dapur dan tandas serta kawasan persekitaran dan luar kelas prasekolah

Pengurusan dapur, bilik air dan luar kelas

  • Membersih peralatan memasak
  • Menyusun peralatan dapur
  • Buang sampah
  • Mop lantai
  • Membersih cermin/sinki/sapu tangan murid
  • Membersih bilik air
  • Menyusun peralatan di dalam bilik air
  • Menyapu koridor
  • Menyiram pokok
  • Membersih kawasan persekitaran taman dan sebagainya

Selepas waktu persekolahan terutamanya di waktu petang, PPM perlu menyediakan peralatan P&P yang telah dibincangkan dengan guru prasekolah di kelas. Selain itu PPM juga perlu menyediakan dan mempersiapkan bahan makanan untuk dimasak pada keesokan harinya. Tugasan terakhir PPM sebelum berakhirnya waktu kerja ialah menyemak rekod dan fail.

Tugasan Mingguan PPM

  • Menyapu sawang
  • Mencuci kipas angin
  • Mencuci tingkap
  • Mengemaskini stok bahan basah dan kering
  • Mengemas taman permainan luar
  • Mencuci peti sejuk
  • Mencuci tempat ambil wuduk
  • Membantu menguruskan proses pembekalan dan pembelian

Tugasan Bulanan PPM

  • Mengemaskini stok inventori
  • Mencuci akuarium/longkang
  • Membantu menyediakan penyata perbelanjaan bulanan